Assalamualaikum & Hai..!!!!
#CMHAIRPARTY bertemakan The Coffee Look telah diadakan pada 23 Ogos 2015 bertempat di Muse by Watsons, Sunway Pyramid.
Achik pasti ramai pengunjung Sunway Pyramid pada hari tesebut sempat berkunjung ke #CMHAIRPARTY
Sebelum ke hair party tersebut, Achik sempat buat coffee test untuk tahu coffee look Achik. untuk korang yang nak try boleh cuba klik link ni Coffee Look Test ...
Ni result Achik...hehehe
Pada hari tersebut, wakil dari C.Michael turut menyediakan perkhidmatan mendandan rambut secara percuma. Kerlas tau...rambut pengunjung didandan di hadapan Muse by Watsons dengan diperhatikan oleh setiap pengunjung Sunway Pyramid yang lalu lalang di hadapan Muse by Watsons.
Hair Stylish yang penuh keyakinan mendandan rambut pelanggan |
Selain itu, para pengunjung ditawarkan khidmat untuk memeriksa kualiti kulit kepala mereka untuk mengenal pasti masalah kulit kepala yang dihadapi oleh mereka.
Para pekerja di Muse by Watsons akan menyarankan produk penjagaan rambut bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kepala. C.Michael menyediakan rangkaian produk penjagaan rambut yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza untuk membantu menjaga kulit kepala dan rambut pengguna.
Produk penjagaan rambut C. Michael bagi yang mempunyai masalah kulit kepala. Ramuan stemcell mampu membuat rambut pengguna menyerlah dan kelihatan lebih sihat. No wonder la C.Michael ni tersenarai dalam senarai Top 10 Spa's and Beauty Services. Best kan..?
The professional range of C.Michael shampoo |
Harga rangkaian produk penjagaan C.Michael ini amat berpatutan dan tidak mahal. Malah, ada lagi produk yang setanding C.Michael yang dijual dengan harga yang lebih mahal. Selain itu, C.Michael juga menyediakan produk penjagaan rambut bagi wanita yang memakai tudung yang dikenali sebagai Hijabista. Achik dimaklumkan dah ramai yang mencuba produk Hijabista ni dan ramai yang berpuas hati.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk C.Michael ini tetapi tak pasti di mana boleh anda dapatkan nya, C.Michael store ada menyediakan khidmat Online Store. Maknanya korang boleh mendapatkan rangkaian produk C.Michael ni hanya dengan membuat pembelian atas talian. Dan yang paling best, penghantaran adalah percuma bagi jumlah pembelian lebih RM50.00.
Pembelian secara atas talian boleh dibuat di C.Michael Store
Goodies bag yang disediakan untuk semua pengunjung yang membuat pembelian di Muse by Watsons pada hari tersebut.
Coffee Cake by Cosans Coffee yang super sedap. Tak tipu...sedap sangat...Banyak Achik makan.
#CMHAIRPARTY yang bertemakan The Coffee Look turut membawa Cosain Coffee untuk menjamu para pengunjung dengan Coffee yang pelbagai rasa dan juga coffee cake.
Oh ye...para pengunjung juga diberikan khidmat solek selama 10 minit apabila mereka berkunjung ke Muse by Watsons pada hari itu. Achik pun tak lepaskan peluang untuk disolek menggunakan produk Victoria Jackson.
Terasa cantik pula bila jarang-jarang disolek begini.
*****
untuk yang terlepas peluang untuk ke #CMHAIRPARTY tempoh hari, anda mungkin akan ada peluang pada masa akan datang memandangkan lebih banyak party yang telah dirancang oleh C.Michael.
Untuk maklumat lanjut berkaitan rangkaian produk C.Michael London dan lokasi saloon C.Michael, anda boleh layari laman web berikut:
Official FB : C.MICHAEL
Official Instagram : c.michael_london
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment