Assalamualaikum & Hello semua..!!
Pada 23 Ogos 2015 yang lepas, rakyat Malaysia yang terdiri daripada peminat artis Hong Kong telah diberi peluang untuk beramah mesra dengan 3 orang artis Hong Kong yang cantik sempena pelancaran All Things Girl, sebuat rancangan infotainment.
Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di Sunway Pyramid yang mana kemunculan Priscilla Wong, Elena Kong, dan Joyce Tang telah disorak dengan meriah oleh lebih 500 orang tetamu, media, peminat dan pengunjung Sunway Pyramid. Priscilla, Elena dan Joyce dijemput khas untuk beramah mesra dengan pembeli bertuah Watsons semasa majlis pelancaran All Things Girl.
Secara eksklusifnya Pure Beauty dengan kerjasama Watsons berasa bangga untuk membawa siri infotainment All Things Girl ke Malaysia dengan mengekalkan konsep yang disiarkan di Hong Kong tetapi kandungan siri infotainment tersebut telah diperbaiki untuk memastikan kesesuaiannya dengan penonton di Malaysia. Pihak Watsons dengan penuh harapan agar pelanggan watsons dan pengguna produk kecantikan di luar sana lebih mengenali Pure Beauty dengan adanya siri infotainment ini.
Lihatlah kemeriahan semasa majlis pelancaran rancangan infotaiment tersebut. Peminat tidak melepaskan peluang untuk turut serta menyaksikan kecantikan dan kejelitaan 3 orang artis Hong Kong.
Pengunjung yang bertuah juga turut dijemput ke atas pentas untuk sama-sama bermain game bagi mempromosikan penjagaan kecantikan dalam diri setiap wanita. Pengunjung juga turut diberi peluang untuk selfie bersama dengan 2 artis wanita Hong Kong yang sangat jelita ini.
Bermulalah pelancaran All Things Girl infotainment program.
Pengunjung turut dimaklumkan bahawa setiap daripada 3 orang artis Hong Kong ini akan menjadi pengacara bagi setiap episod yang akan meliputi topik relevan kepada wanita hari ini. Tetamu undangan juga akan dijemput untuk sama-sama berkongsi ilmu berkaitan topik yang dibincangkan dalam setiap episod.
Pada hari tersebut juga, ketiga-tiga jelitawan Hong Kong ini telah berkongsi rahsia kecantikan masing-masing serta turut membuat sesi demontrasi dengan produk kecantikan Pure Beauty exclusively at Watsons.
Priscilla Wong, Elena Kong dan Joyce Tang
Bagi Joyce, beliau akan memastikan beliau mempunyai rehat yang cukup supaya skin dapat regenerate. Joyce juga memastikan makanan yang diambil adalah bersih dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Joyce turut menitikberatkan produk kecantikan yang diguna agar ianya bersesuaian dan lembut pada kulitnya.
Berbeza dengan Priscilla, beliau akan memastikan beliau mampu mengawal dan menjaga kesihatan tubuh badannya walaupun dengan jadual kerja yang padat. Bagi Priscilla, kecantikan pada dirinya adalah dengan menitikberatkan penjagaan badan dan keperluan fizikal.
Sesi bergambar dengan pengunjung bertuah.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Caryn Loh, General Manager of Trading, Watsons Malaysia yang kemudian menyampaikan sejambak bunga kepada tiga orang superstar Hong Kong.
******
Sedekad yang lalu, Pure Beauty exclusively at Watsons telah memulakan pencarian elemen antioksidan yang sempurna namun dalam tempoh pencarian tersebut, Pure Beauty telah berjaya menemui lebih banyak rahsia kecantikan kulit secara semulajadi.
Berinspirasikan produk penjagaan kulit dari Korea, yang menggabungkan bahan-bahan semula jadi dan dihasilkan mengguna teknologi yang termaju, Pure Beauty exclusively at Watsons telah berjaya mencipta produk penjagaan kulit yang unit berasaskan antioksidan bagi memberi hasil jangka masa panjang yang menggembirakan.
Dapatkan rangkaian produk Pure Beauty di semua outlet Watsons di Malaysia.
*****
All Things Girl dengan usaha sama antara Astro dan TVB dan ditaja oleh Pure Beauty exclusively at Watsons akan mula bersiaran pada 06 September 2015, jam 9.00 malam di saluran Astro Wah Lai Toi dan Wah Lai Toi HD channel.
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment