Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Hai
korang…dah tunaikan zakat ke untuk tahun 2018 ni. ? Kalau ada yang masih belum
melaksanakan tanggungjawab untuk membayar zakat, korang masih ada peluang lagi
untuk berbuat demikian. Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) telah
menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan korang membuat bayaran zakat.
Sebelum
ni pun Achik pernah berkongsi tentang pembayaran zakat melalui portal
zakat.com.my. Korang boleh baca balik posting Achik sebelum ni http://achikhuda.blogspot.com/2018/10/tunaikan-kewajipan-berzakat-melalui.html
Terbaru,
PPZ-MAIWP sekali lagi telah melancarkan kempen untuk meningkatkan kesedaran
dikalangan masyarakat umat Islam tentang kewajipan berzakat. Apa yang uniknya
dengan kempen terbaru ini, PPZ-MAIWP berhasrat untuk memupuk kesedaran berkaitan
tanggungjawab menunaikan ibadah zakat ini sejak dari kanak-kanak lagi. Kempen
yang diberi nama Tabung Didik Zakat
PPZ-MAIWP ini menyasarkan anak-anak berumur 18 tahun ke bawah untuk dididik
dengan kewajipan berzakat.
Apakah Objektif Tabung Didik Zakat
PPZ-MAIWP ?
Setiap
kempen yang dilancarkan oleh PPZ-MAIWP mempunyai matlamatnya sendiri. Kalau
sebelum ini kempen-kempen yang dilancarkan oleh PPZ-MAIWP lebih kepada
meningkatkan kesedaran di kalangan golongan dewasa, tapi berbeza pula dengan
Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP.
Kempen
Tabung Didik PPZ-MAIWP merupakan pendidikan kepada anak-anak berumur 18 tahun
ke bawah tentang kesedaran untuk menunaikan salah satu ibadah dari 5 rukun
Islam. Ianya merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebagai umat
Islam.
Selain
itu, PPZ-MAIWP berhasrat kempen ini dapat memupuk kesedaran di kalangan
anak-anak agar lebih prihatin kepada orang-orang yang susah (golongan asnaf).
Sudah pasti anak-anak sentiasa bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza latar
belakang di sekolah mereka. Dengan adanya kempen ini, sekurang-kurangnya
sedikit sebanyak anak-anak ini akan terdetik di hati mereka untuk membantu
rakan-rakan yang dalam kesusahan.
Kalau
diperhatikan sekarang ni, kanak-kanak pun dah pandai meniaga..Hehe..tak kira
lah di waktu sekolah atau pun di luar waktu sekolah. Dengan melibatkan diri
dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan ini, anak-anak sepatutnya diberi
pendedahan tentang tanggungjawab mereka untuk berkongsi sebahagian daripada
kekayaan tersebut dengan golongan yang memerlukan.
Orang
tua-tua kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi untuk melahirkan
seorang umat Islam yang taat akan perintah Allah, didikan yang secukupnya
hendaklah diberikan sejak dari kecil lagi.
Jadi, bagaimana caranya untuk
mendapatkan Tabung Didik Zakat macam yang PU Azman pegang dalam video di atas?
i) Buka
akaun zakat dengan serendah RM10;
ii) Ibu
bapa boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana-mana
kaunter zakat PPZ-MAIWP; dan
iii) Tabung
Didik Zakat akan diberikan secara percuma.
Jadi
tunggu apa lagi, jom semai amalan berzakat ini sejak dari zaman kanak-kanak
lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman web di bawah :
Laman Web Rasmi:
Facebook:
“SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT”
#tabungdidikzakat
#sicilikcelikzakat #menabunghinggaberzakat #mulakanzakatdiusiamuda #ppzmaiwp
#YearendZakat
Alhamdulillah. Suka dengan usaha PPZ-MAIWP dalam usaha mendidik anak dari kecil untuk berzakat :) Dah lah tabung dia pun comel sangat !
ReplyDeleteDidik anak2 sedari awal lagi tentang berzakat dengan tabung comel.
ReplyDeletekelebihan belajar di luar negara yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk sambung belajar di luar negara, terdapat juga beberapa 8 universiti luar negara yang terbaik untuk anda.
ReplyDelete5 exciting reasons to study Veterinary medicine .
ReplyDeleteCara-cara Permohonan pelajar ke timur tengah secara mudah melalui online.
10 top reasons you should take medical course.
5 things you need to know on how study medicine in malaysia