Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Hai
korang..lama Achik tak sembang pasal tempat makan kan…Hehehe..sejak amalkan pemakanan
yang sihat ni, Achik memang jarang makan sedap2 sampai lupa diri..hahahaha…tapi
sekali sekala mesti la curi satu hari untuk makan yang menyelerakan bagi
mengurangkan rasa craving tu.
Bila
nak cheat tu biasa nya Achik akan pilih makanan yang Achik dah lama tak makan
dan rasa berbaloi. So, sebab dah lama tak makan makanan berkonsepkan steamboat
dan grill, Achik pilih Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di IOI City
Mall Putrajaya. Achik pasti mungkin masih ramai lagi yang tak tahu tentang
kewujudan Pak John Steamboat & BBQ di IOI City Mall Putrajaya. Lokasi
restorannya yang terletak di lot menghadap luar IOI City Mall mungkin
membuatkan ramai pengunjung tidak tahu kewujudannya.
Sebenarnya
tempat makan di IOI City Mall tidak tertumpu pada satu Aras sahaja. Ramai
pengunjung lebih tertumpu dengan restoran yang terdapat di Aras LG menyebabkan
pengunjung-pengunjung perlu beratur untuk mendapatkan tempat makan di restoran
pilihan mereka. Jadi, apa kata korang rajinkan kaki tu, jalan lebih sikit naik
ke Aras G dan menuju ke Symphony Walk. Dekat kawasan Symphony Walk ni
sebenarnya terdapat banyak lagi restoran termasuklah Pak John Steamboat & BBQ. Lebih menenangkan lagi bila korang
makan di sini sebab korang dapat menikmati pemandangan yang menarik di sekitar
Symphony Walk. Ada kolam, ada air pancut ada tempat melepak dan juga view yang cantik untuk korang bergambar bersama-sama keluarga & rakan-rakan.
Muka happy main masak-masak..dah lama kitorang tak makan steamboat & bbq..ni memang favourite anis
Pak
John Steamboat & BBQ menyediakan ruang makan berhawa dingin dan juga ruang
makan di luar restoran. Ikut selera masing-masing sama ada nak makan di sebelah
dalam atau pun makan di meja luar dengan pengudaraan yang lebih baik. Apabila
pilih meja di luar, korang akan dibekalkan dengan jug air untuk isi terus air
minuman pilihan korang. Kalau duduk kat meja dalam pula, korang kena la bangun
untuk refill gelas korang yang dah kosong tu..heheheheh..
Ruang
makan yang luas di dalam dan di luar restoran memang sesuai sangat dan selesa
untuk korang makan-makan dengan keluarga dan rakan-rakan. Malah menjadi lokasi
terbaik untuk korang yang nak mengadakan majlis sambutan hari lahir, farewell dan
sebagainya.
hidangan makanan yang telah siap dimasak & digoreng
Ok..jom
sembang pasal pilihan makanan yang ada di Pak John Steamboat & BBQ. Banyak
sangat menu yang ditawarkan..Ada yang dah siap masak, pilihan makanan laut,
sayur, bebola yang segar-segar, pencuci mulut dan macam-macam lagi. Pendek kata
kalau korang makan di restoran ini, korang akan pulang dengan perut yang
kenyang..Hehehehe…
Segar kan hidangan seafood yang disajikan...Pepahat tu gemuk-gemuk isinya
Achik
suka sangat dengan pilihan makanan laut yang disajikan..Banyak dan segar.!
Kalau korang jenis yang suka makanan laut, bila datang ke tempat-tempat macam
ni, korang wajib tuju ke kaunter seafood..Baru lah ianya berbaloi dengan apa
yang kita bayar. Betul tak?
Lagi
satu, tips achik kalau ke restoran berkonsepkan steamboat & bbq ni, Achik
akan cari menu yang Achik jarang makan atau benda yang susah kita nak makan kat
luar..Hehehehe…jadi, sepanjang ada kat restoran ni, Achik memang makan lauk
sahaja…seafood yang macam-macam jenis, pilihan ayam yang diperap dengan
pelbagai rasa. Sedap-sedap semuanya! Cumanya Achik perasan hidangan ikan yang
ditawarkan agak kurang. So, Achik syorkan Pak John Steamboat & BBQ
tambahkan lagi menu ikan dalam seafood line dorang.
Meriahkan tengok ayam-ayam yang diperap..rasanya dah memang sedap sedap la..
Lagi
satu tips untuk korang kalau makan di restoran ni, makan tu jangan la
bersulamkan air..Hahahahaha…Ye..!!! Air dekat Pak John Steamboat & BBQ
semuanya FREE FLOW..!!! ada macam-macam air yang sejuk dan yang panas..minum la
korang sampai kembung..Hahahaha..kalau dah kembung jangan merungut plak tak
puas menikmati makanan di Pak John Steamboat & BBQ..hehehhe
Oh
ye, dekat restoran ni juga ada disediakan hidangan Dim Sum dan juga potongan
daging premium. Tapi ianya hanya dihidangkan upon request sahaja. So, pastikan
korang ke kaunter daging premium ini yang menyediakan Premium Beef, Lamb Slice,
Abalone Slice dan Smoked Duck.
Sebagai penutup, jangan
lupa nikmati hidangan pencuci mulut yang disediakan. Cendol santan dekat sini
sedap tau. Korang wajib rasa ! Selain cendol, ada bubur, ada puding, ada
pelbagai perasa ais krim, buah-buahan, kek, ABC dan juga waffle. Kalau korang
kreatif, korang boleh order waffle di kaunter, kemudian letak aiskrim atas
waffle tu. Menarik kan..hehehehe..
Untuk Sup pula, Pak John Steamboat & BBQ menawarkan 5 pilihan sup..Ada Prawn Soup, Tomyam Soup, Miso Soup, Curry Soup dan Chicken Soup...Ikut selera masing-masing....Pilihan Achik sudah tentu tomyam soup..Hehehehe....Haaaa..lagi satu, dekat Pak John ada banyak jenis sos..Macam-macam rasa..heheheh..pilih je yang mana ikut selera tekak korang juga..
Untuk Harga, korang boleh rujuk gambar di bawah.
Jadi, kalau korang datang ke IOI City Mall, jangan lupa singgah makan di Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di Symphony Walk. Tak perlu bersesak-sesak dekat Aras LG...
Untuk maklumat lanjut, layari laman web di bawah:
~ Achik ~
ReplyDeleteDi sini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk meningkatkan motivasi , fokus serta mempunyai keyakinan diri.
6 cara buat duit ,
ReplyDeletecara buat duit online yang mudah untuk anada.
Cara untuk check poslaju tracking
ReplyDeletecontoh resume yang anda boleh guna untuk memohon pekerjaan ideal anda!
Di sini juga terdapat resepi ayam yang mudah disediakan.
Top 5 Air purifier in Malaysia are the best in market.
ReplyDeleteHoneywell malaysia
air purifier malaysia
Best air purifier in malaysia