Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Tak sabar rasanya Achik nak share dengan korang tentang servis spa yang boleh korang nikmati di rumah sendiri. Yup !!! Dengan Sara Glow Spa, korang tak payah bersusah payah untuk bersiap dan tak perlu travel untuk ke Spa.
Cuti hujung minggu adalah hari terbaik untuk bersantai, rileks dan manjakan diri selepas 5 hari sibuk bekerja..Awal-awal lagi Achik dah buat tempahan dengan Sara Glow Spa. Ingatkan Achik perlu memandu untuk ke Spa..tapi tak..tepat jam 11am owner Sara Glow Spa telah pun berada di depan pintu pagar rumah Achik. Memang tepati masa !
Achik dengan Sara, pemilik Sara Glow Spa
Tanpa buang masa, Achik beri ruang pada Sara untuk siap siapkan keperluan Spa di dalam bilik tidur di rumah Achik. Oh ye..korang hanya perlu sediakan toto atau tilam nipis untuk korang baring..tuala dan lain-lain barang keperluan akan di bawa oleh Sara.
1 Beg troli kecil ni je barang-barang untuk Spa
Banyak pakej spa ditawarkan oleh Sara Glow Spa..pakej yang ditawarkan untuk Achik adalah Pakej Seri Pengantin. Pakej ini yang mengambil masa selama 2 jam ini hanya RM150. Apa yang Achik dapat dengan Pakej Seri Pengantin ni, korang boleh rujuk gambar di bawah.
Bila semuanya dah ready, Sara mulakan dengan urutan relaxi muka & mata serta urutan relaxi anti stress pada muka Achik. Memang rasa relax sebab urutan yang dibuat oleh Sara kena pada point point di muka bagi menghilangkan stress yang Achik hadapi..
Selepas selesai urutan muka, bahu, kepala, betis dan tapak kaki, badan Achik, kaki, betis, peha dan lengan di sapu skrub oleh Sara..part yang paling best dalam pakej seri pengantin ni adalah Mandian Aromatherapy Seri Wajah Rose..haruman rose sememangnya wangi dan melekat pada badan..
Air mandian aromaterapi dgn haruman rose yang telah disediakan oleh Sara
Ni lah aromaterapi rose yang digunakan
Apa yang Achik suka dengan Spa di rumah menggunakan khidmat Sara Glow Spa ni adalah, tak rasa kelam kabut or nak kejar masa..biasanya kalau kita pegi spa di pusat-pusat spa, sekiranya pakej yang dibeli adalah untuk tempoh sejam, memang ngam ngam sejam servis spa tu habis. tapi tidak dengan Sara Glow Spa..korang lebih rileks bila berspa di rumah sendiri...hehe..
Selepas mandi rose, pakej seri pengantin ini diteruskan dengan facial muka..produk yang digunakan oleh Sara Glow Spa adalah semuanya dari bahan organik..sesuai untuk semua jenis kulit..so korang tak perlu risau..tambah lagi peralatan untuk buang whitehead & blackhead yang digunakan langsung tak menyakitkan muka korang...jadi, tak perlu risaulah muka korang bengkak-bengkak lepas buat facial..hehehe..
Dah siap facial muka..sila abaikan dark circle pada mata Achik. Orang kuat kerja memang macam tu.hehe
dah siap ber spa, Sara bancuhkan air rose untuk Achik minum..nak tahu khasiatnya? korang kenalah hubungi Sara Glow Spa dan buat tempahan siap-siap..
Air rose
Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan oleh Sara Glow Spa:
Jom like FB Sara Glow Spa untuk dapatkan maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh call / whatsapp 019-261 6359.
Jangan lupa buat tempahan terlebih dahulu ye..nikmati hujung minggu anda dengan servis spa oleh Sara Glow Spa.
~ Achik~
waduhhh...syiok nyeee
ReplyDelete