Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekiranya anda berada di
sekitar Bukit Bintang, dah tak perlu susah payah untuk mencari kedai korea yang
menjual makanan dan aksesori korea. Baru-baru ini, Sungei Wang Plaza telah
melancarkan pembukaan kedai terbaru berkonsepkan gaya hidup dan budaya Korean
di bawah satu bumbung.
Kedai yang diberi nama
CocoZ.Kr ini merupakan kedai yang berkonsepkan gaya hidup Korea yang
menggabungkan elemen makanan dan fesyen di bawah satu bumbung. Lokasi CocoZ.Kr
sangat strategik iaitu terletak betul-betul di pintu masuk Sungei Wang Plaza.
Melibatkan 2 tingkat, CocoZ.Kr menawarkan restoran Korea yang terletak di
tingkat LG manakala aksesori korea terletak di tingkat bawah restoran.
tingkat atas CocoZ.Kr yang merupakan Restoran Korea
Tingkat bawah CocoZ.Kr yang merupakan Kedai Aksesori
Susun atur di Tingkat Bawah
Kalau korang nak tahu,
CocoZ.Kr ni ibarat macam restoran yang berada di Korea iaitu Restoran Jongno
Halmeoni Kalguksu yang cukup terkenal di sana. Kalo yang dah pernah pergi Korea
tu tahu la kan…hehehe..Menggunakan resepi turun temurun sejak tahun 1988, mi
tepung gandum yang dibuat sendiri dihidangkan dalam dua jenis sup (pedas / tidak
pedas) serta mempunyai rasa yang istimewa. Achik dah rasa yang spicy. Untuk
tekak Achik yang kuat pedas ni, sup di CocoZ.Kr masih belum cukup pedas. Itulah
yang istimewanya makanan Korea ni. Bila dikata pedas, ianya tak pedas sangat.
Sesuai untuk mereka yang tak kuat pedas juga. Sebab tu la orang Korea ni akan
sediakan sambal cili hijau yang berasingan khas untuk mereka yang kuat pedas
macam Achik…hihihi.
Suasana di tingkat atas iaitu ruang restoran
Selain mi, CocoZ.Kr juga
menawarkan pencuci mulut yang diberi nama Bingsu. Bingsu merupakan ais batu
yang disagat menggunakan mesin dan ianya dihidangkan dengan pelbagai rasa
antaranya Mangga, Strawberi, Coklat dan lain-lain.
Noodle Spicy & Non Spicy
Dumpling, Kimchi, dan cili hijau
Nasi Goreng Kimchi
Bingsu dengan rasa Mangga dan Strawberi
Senarai menu dan harga
Macam yang Achik beritahu
sebelum ini, CocoZ.Kr bukan sahaja menawarkan makanan Korea tetapi turut
menyediakan aksesori Korea untuk para pengunjungnya. Lebih menarik lagi, buat
mereka yang gemarkan pengilat kuku, korang boleh dapatkan pengilat kuku dengan
revolusi terbaru di CocoZ.Kr. Incoco telah terkenal di Korea dan peringkat
antarabangsa, kini telah pun dijual di Malaysia. Pengilat kuku dari jenama
Incoco ini sangat mudah digunakan dan ianya lebih menjimatkan masa.
Incoco Nail Polish
Kalau pengilat kuku yang
jenis cecair, selepas sapu dah tentu korang kena pastikan ianya betul-betul
kering. Jadi masa lebih banyak terbuang..betul tak? Tidak dengan Incoco Nail
Polish, korang just tampal sahaja pada kuku dan perkemaskannya.
Incoco Nail Polish
diperbuat daripada 100% pengilat kuku, menggabungkan 3 lapisan iaitu Base Coat, Color Coat dan Top Coat, telah terbukti mudah
digunakan dan memberikan hasil yang professional. Didatangkan dengan lebih 200
reka bentuk dan gaya, mampu bertahan selama 14 hari selepas ianya di tampal
pada kuku anda.
Incoco Nail Polish yang telah siap dilekatkan pada kuku Achik
Cara penggunaannya amat
mudah dan turut dinyatakan pada pek bungkusan Incoco Nail Polish. Untuk
dapatkan video tutorial serta maklumat lanjut berkaitan Incoco Nail Polish,
boleh layari www.incoco.com
Lain-lain keperluan penjagaan kuku daripada Incoco
Selain Incoco Nail Polish,
peminat fesyen Korea boleh melengkapkan rupa mereka dengan aksesori Korea
daripada CocoZ.Kr. Aksesori Korea yang dijual di CocoZ.Kr ini merupakan trend
fesyen terkini yang dibawa khas dari jalan Hongdae terus ke Malaysia. Setiap
aksesori Korea yang dijual di CocoZ.Kr disediakan dalam jumlah yang terhad dan
teliti untuk memastikan kualiti dan rupa bentuk aksesori yang dihasilkan
sentiasa unik untuk dipadankan dengan gaya dan personaliti yang berbeza.
Menurut kata Mr. Derrick
Tan, Pengerusi Kumpulan Sungei Wang,
“Dunia kini sememangnya
memberi perhatian dan menggemari budaya hidup Asia terutama makanan dan fesyen.
Budaya hidup Korea adalah satu trend yang masih kukuh. Sungei Wang Plaza
berbesar hati dan cukup teruja untuk memperkenalkan kedai baru berkonsepkan
Korean di Malaysia.”
Majlis pelancaran pembukaan
CocoZ.Kr turut dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen aksesori Korea yang ada di
CocoZ.Kr. Ianya telah digayakan oleh model dengan gaya dan penampilan yang
berbeza. Turut hadir ke majlis ini ialah Umie Aida yang merupakan Duta
CocoZ.Kr, Megan Tan, Yvonne Sum dan Tuti ASNTM Musim Ke-4.
Dalam sesi temubual, Umie
Aida selaku Duta CocoZ.Kr berkata,
“Saya sentiasa berminat
dengan budaya dan fesyen Korea. Dengan adanya CocoZ.Kr, ianya menjadi tempat
sempurna untuk saya hangout dan santai bersama rakan-rakan serta keluarga.
Incoco Nail Polish sangat membantu saya dalam penjagaan kuku.”
Duta CocoZ.Kr
Jadi, korang yang meminati
makanan dan aksesori Korea, bolehlah berkunjung ke CocoZ.Kr yang terletak di
pintu Utama Sungei Wang Plaza. Harga aksesori dan makanan yang ada di sini
sangat berpatutan. Aksesori seperti rantai, gelang, subang dan cincin juga
mempunyai reka bentuk yang menarik. Manakala set hidangan makanan Korean
termasuk pilihan minuman dan dumpling boleh dinikmati dengan harga serendah
RM15.00.
Untuk maklumat lanjut
berkaitan CocoZ.Kr, bolehlah Like FB rasmi https://www.facebook.com/cocoz.kr
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment