Kenny
Rogers Roasters (KRR) telah berkembang pesat di Malaysia sejak ianya pertama kali
dibuka di Kuala Lumpur pada tahun 1994. Berkonsepkan makanan ‘Mid-casual’,
KRR menampilkan ayam panggang yang sangat menarik rasanya dan tidak kering
walau pun ianya dipanggang. Hidangan ayam panggang dari KRR juga didatangkan
lengkap dengan pilihan menu sampingan sama ada panas mahu pun sejuk. Sejak mula
KRR dibuka di Kuala Lumpur, resepi ayam panggang KRR serta lain-lain menu telah
memenangi hati rakyat Malaysia yang ingin menikmati makanan yang lazat dan menyihatkan.
Sempena
meraikan ulang tahunnya ke-22 tahun di Malaysia (22 Deliciously Healthy Years), KRR menawarkan ganjaran yang
istimewa untuk diberikan kepada semua pelanggan KRR. Setiap pelanggan yang
menjamu selera di Restoran KRR di seluruh Malaysia berpeluang untuk menikmati Country
Style Chicken Soup dan Ice Lemon Tea secara PERCUMA dengan setiap pembelian
mana-mana hidangan utama.
Untuk
menebus tawaran ini, pelanggan yang hadir hendaklah mempamerkan Facebook Post, baucar / e-baucar, keratan
akhbar atau SMS apabila membuat
pesanan makanan di restoran.
Menurut
Ms. Christina Thong, Pengurus Pemasaran di Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd,
“Kami berasa gembira dan
bangga untuk meraikan Ulang tahun KRR yang ke-22 tahun di Malaysia. Kami telah
berkhidmat menyediakan ratusan ribu makanan yang lazat dan menyihatkan untuk rakyat
Malaysia sejak ianya dibuka. Kami di KRR lebih berasa gembira untuk memberi
ganjaran kepada pengunjung dalam meraikan kejayaan kami serta menjemput rakyat
Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada usaha kami dalam usaha menyebarkan
kegembiraan dan berkongsi makanan yang berkualiti dan menyihatkan dengan mereka
yang kurang bernasib baik. ”
Selaras
dengan usaha KRR untuk berkongsi makanan dengan golongan yang memerlukan,
setiap Likes yang ke 22 diterima di Facebook post, KRR akan menyumbangkan 1
hidangan Kenny Quarter Meal Lite kepada organisasi kebajikan yang terpilih.
Best kan ? Jom ramai-ramai sumbang Likes di Facebook post tersebut untuk sama-sama menyokong usaha amal yang
dilakukan oleh KRR ini.
v Tunjukkan eVoucher
tersebut semasa membuat pesanan
Terma & Syarat:
v Tempoh penebusan bermula
pada 04 April 2016 hingga 29 Mei 2016
v Hanya sah untuk makan di
restoran sahaja
v Voucher tidak boleh
ditukar kepada wang tunai. Sila pastikan voucher dipamerkan semasa membuat
pesanan
v Tidak sah dengan
mana-mana promosi/tawaran/diskaun yang berlangsung pada waktu itu
v Hanya sah digunakan di
Kenny Rogers ROASTERS dalam Malaysia sahaja
Untuk maklumat lanjut berkaitan menu dan promosi bolehlah layari www.krr.com.my atau hubungi 03-2119 9888.
~ Achik ~
Lets follow mine :)
ReplyDeletewww.5dtomei.com
Tq
wah..dah beli domain..good job
Delete