Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Wahhh...excited sangat bila Achik dijemput untuk menyaksikan terlebih dahulu Episod 1, Asia's Next Top Model (AsNTM4) Cycle 4 di TGV Indulge, One Utama. Tambah menarik lagi, media screening tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran satu-satunya peserta Malaysia dalam AsNTM4.
Pengacara Majlis, Davina Goh memulakan preview party AsNTM
Penny Tan, Marketing Director, FOX Networks Groups yang cukup teruja dengan bermulanya tayangan AsNTM Cycle 4
Bercerita tentang AsNTM Cycle 4 ini, seramai empat belas model muda yang bercita-cita tinggi akan bersaing untuk gelaran Asia Next Top Model (AsNTM) dalam pusingan keempat yang telah pun memulakan siarannya pada 09 Mac 2016 dan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di saluran Star World dan Star World HD (Astro Channel 711 & 722). Berasal dari seluruh Asia, termasuk Malaysia, Hong Kong, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia, dan Singapura, tahun ini juga menyaksikan pesaing pertama dari Mongolia dan Myanmar.
Sewaktu preview party tersebut, Zalora sebagai salah satu penaja bagi AsNTM Cycle 4 turut mengadakan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan koleksi fesyen dari Zalora. Pertunjukan fesyen tersebut turut diserikan dengan penampilan peserta Malaysia dalam AsNTM Cycle 4 iaitu Tuti.
Tuti, peserta AsNTM Cycle 4 dari Malaysia
Turut menarik perhatian para tetamu yang hadir adalah kemunculan model Kelly Tandiono, yang merupakan mentor kepada 14 orang peserta dalam menghadapi cabaran untuk menjadi AsNTM yang seterusnya.
Kelly Tandiono bersama Tuti, peserta dari Malaysia
Asia Next Top Model Cycle 4 bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan 14 peserta ditambahkan lagi dengan kehadiran para juri yang terdiri daripada selebriti. Kesemua model dalam AsNTM Cycle 4 cukup bertuah apabila berpeluang untuk menuntut ilmu kemodelan daripada Cindy Bishop iaitu pengacara AsNTM yang cukup versatil dan berbakat besar, Kelly Tandiono dan Yu Tsai, seorang jurugambar fesyen terkenal dan Pengarah Kreatif. Selain mereka bertiga, akan ada seorang juri jemputan yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.
Achik & Kolin di preview party AsNTM Cycle 4
Menurut Penny Tan, Pengarah Pemasaran FOX Networks Group, model-model pada musim ini mempunyai bakat yang pelbagai dan daya saing di kalangan wanita-wanita ini akan menjadi semakin sengit dari hari ke hari. Wakil Malaysia, Tuti adalah seorang pesaing yang hebat dan Malaysia mendoakan kejayaan Tuti di AsNTM Cycle 4 sekali gus mengharumkan nama Malaysia.
Tuti dengan gaya sendiri di fashion runway
AsNTM Cycle 4 adalah melibatkan kerjasama dan penaja daripada Subaru, TRESemme, Closeup, Zalora dan Maybelline yang bakal membawakan proses transformasi yang mendebarkan bagi musim ini. Peminat program realiti ini berpeluang untuk mengenali prestasi peserta pilihan mereka melalui episod yang ditayangkan secara mingguan serta melalui laman sosial rasmi AsNTM di Facebook dan Instagram.
Hadiah yang menarik sudah pasti menanti pemenang AsNTM Cycle 4 ini. Pemenang utama bakal memandu pulang Subaru XV serta menjadi wajah bagi TRESemme untuk tahun 2016. Pemenang utama juga bakal memperoleh huge fashon spread serta menjadi cover of Harper's BAZAAR Singapore, serta berpeluang untuk terbang ke Europe untuk menjadi model kepada salah satu agensi model tersohor di Europe iaitu Storm Model Management.
So, jangan lupa saksikan episod ke-2, AsNTM Cycle 4 pada hari Rabu ini, 16 Mac 2016 di Saluran Star World / Star World HD (channel 711 / 722), jam 9.00 malam.
Tak sabar nak tahu siapakah bakal menjadi pemenang utama Asia's Next Top Model Cycle 4 ini. Dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Tuti dalam Episod 1 AsNTM Cycle 4, Achik mengharapkan rezeki berpihak kepada Tuti. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan pencapaian Tuti di AsNTM sekiranya beliau tidak dinobatkan sebagai pemenang utama.
Achik & Tuti
Berikut adalah senarai nama peserta dan negara yang diwakili:
1) Angie Watkins - Singapore
2) Ngo Thi Quynh Mai aka Mai Ngo - Vietnam
3) Tugs Saruul - Mongolia
4) Jessica Lam - Hong Kong
5) Gwendoline Ruais aka Gwen - Filipina
6) Wanvisa Goldman aka Maya - Thailand
7) That Htet Aung aka May - Myanmar
8) Patricia Gunawan - Indonesia
9) Jiratchaya Kedkong aka Tawan - Thailand
10) Julian Flores - Filipina
11) Sang In Kim - South Korea
12) Aldilla Zahraa - Indonesia
13) Alaiza Malinao - Filipina
14) Nuraini Noor aka Tuti - Malaysia
Dari Kiri - Pink Fong (Marketing Manager, Maybelline Malaysia), Vineet Puri (Territorial Head, Malaysia, FOX Networks Group), Anna Nishaburi (Head of PR and Partnership, Zalora Malaysia), Kelly Tandiono (AsNTM 4 Model Mentor), Tuti (AsNTM Contestant), Kiriat Argenio (Marketing Head, Zalora Malaysia), Penny Tan (Marketing Director, FOX Networks Group) at the glamourous AsNTM Preview Party
Follow IG: asntmofficial
Like FB: Asia's Next Top Model
#asntm #asntm4 #OnlyLoveNoHate #MalaysiaOnTop
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment