Saturday, March 05, 2016

Diva Dash Malaysia 2016 Dibuka Untuk Pendaftaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berita baik buat semua yang gemar menyertai sukan larian tak kiralah larian amal atau fun run. Sempena kempen Diva Dash Malaysia 2016, satu acara larian akan diadakan pada bulan September 2016 ini.

Kempen Diva Dash Malaysia 2016 ini merupakan acara larian bebas yang dianjurkan oleh Red Butterfly Solutions dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia berkaitan betapa pentingnya mencegah dan mengawal kanser.


Sungguh pun larian bebas ini bertemakan Run Like a Diva, penyertaannya tidak lah terhad untuk kaum wanita sahaja. Malah larian bebas ini boleh disertai oleh kaum lelaki diluar sana tanpa mengira usia. Walau bagaimanapun, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun perlulah mendapatkan kebenaran daripada kedua-dua ibu bapa atau pun penjaga.


Macam mana nak daftar?

Pendaftaran boleh dibuat di laman web rasmi http://run.tixtac.com/diva-dash-kl

Untuk 1000 orang terawal yang mendaftar layak mendapat harga promosi yang ditawarkan dalam tempoh Early Bird. Tempoh pembelian early bird dibuka sehingga 30 Mac 2016 tertakluk kepada 1000 pendaftaran yang terawal.

Harga Early Bird
12 km RM55 | 6 km RM40

Pendaftaran bagi acara larian bebas ini dibuka sehingga 1 Julai 2016. Bagi pendaftaran yang ke 1001 dan seterusnya, harga penyertaan adalah pada harga biasa iaitu

Harga Normal
12 km RM65 | 6 km RM45

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya apa yang korang akan dapat dengan membuat pendaftaran bagi acara larian bebas ini.

Hehehe...sudah tentu T-shirt dengan warna yang menarik.

T-shirt untuk lelaki oleh Ultron dengan tema I Run For My Diva!

T-shirt untuk perempuan oleh Ultron dengan tema Run Like A Diva!

T-shirt untuk Fun Run oleh Ultron dengan tema I Share The Fight!


Selain daripada T-shirt, bagi mereka yang berjaya menamatkan larian sama ada 6km mahupun 12km, korang bakal menerima medal yang sangat unik rekaannya oleh Elitkraf Sdn Bhd.

Medal buat Finisher yang sangat menarik


Dan buat 100 orang pertama yang menamatkan larian, anda bakal menerima T-Shirt istimewa daripada Ultron dengan tema I Share The Fight! Yang tertulis Finisher di belakang T-shirt tersebut.

Ini lah dia T-shirt yang dimaksudkan buat 100 orang pertama yang menamatkan larian

Apa yang pasti, hadiah wang tunai turut disediakan bagi hadiah pertama hingga kelima manakala hadiah hamper buat pemenang keenam hingga sepuluh.

Buat yang ingin mendaftar, pastikan anda memilih kategori yang betul. Terdapat dua kategori bagi larian bebas ini:

1)  Acara larian terbuka (12km) : untuk Lelaki & Wanita (16 tahun ke atas)
2) Acara larian bebas (6km) : Terbuka kepada semua peringkat umur

Jangan lupa mark kalendar anda dengan maklumat berikut:

Hari Larian: Sabtu, 03 September 2016
Masa: 6.00 pagi
Tempat: Padang Merbok, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut berkaitan Diva Dash Malaysia 2016, boleh:

Follow Instagram : @divadashmy
Follow Twitter : @DivaDashMY

         ~ Achik ~




No comments:

Post a Comment