Monday, March 28, 2016

Miliki Kulit Wajah Cantik Berseri Dengan Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sejak dua menjak ni, kulit muka Achik kerap naik jerawat terutama di bahagian dahi dan bawah mulut (berdekatan dagu) terutama sekali bila sampai tempoh nak datang bulan. Macam biasa, tangan gatal Achik ni memang suka meraba, picit jerawat yang baru nak tumbuh dan kopek jerawat yang baru nak kering. Kenapa? Sebab Achik rasa terganggu apabila bersolek, bedak bertapuk pada kawasan yang ada parut jerawat.


Achik memang percaya, penggunaan serum sebagai tambahan kepada produk asas penjagaan kulit adalah satu bonus untuk menambahkan lagi keserian dan keanjalan pada kulit muka seseorang. Setakat ini, dah 5 serum daripada pelbagai jenama terkemuka di pasaran yang Achik pernah cuba. Tapi kesan yang Achik nampak pada kulit muka Achik tidak sepertimana yang Achik rasai dengan menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum.


Diperkenalkan dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, buat Achik tertanya-tanya "adakah keberkesanan serum ini sama saja seperti serum-serum yang Achik gunakan selama ini?

Jawapannya : TIDAK !

Untuk pengetahuan korang, Achik memang target untuk hilangkan parut jerawat pada bahagian bawah mulut dan dagu Achik dalam tempoh seminggu. Yes, dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum parut jerawat di bahagian bawah mulut Achik dah pudar dan semakin hilang sedikit demi sedikit..!! Menjadi rutin harian Achik untuk memastikan serum Ephyra ini akan Achik sapu di muka pada setiap waktu pagi dan malam. Genap seminggu Achik menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini, Achik boleh nampak parut jerawat di bahagian bawah mulut Achik semakin pudar dari hari ke hari. Sebagai bonus pula, lingkaran hitam bawah mata Achik pun semakin hari semakin pudar..!!! Happy sangat bila dah jumpa serum yang sesuai dengan kulit Achik.

Ini adalah gambar sebelum Achik menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Gambar pada Hari Ke-7 menggunakan Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum. Gambar ini adalah tanpa bedak dimuka. 

Lingkaran hitam bawah mata Achik semakin pudar selepas menggunakan Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum

Nota: Untuk tujuan review produk Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum, gambar Achik diambil tanpa menggunakan mode Selfie (beauty skin) pada kamera Achik. Ini adalah kesan yang Achik sendiri rasai selepas seminggu menggunakan Serum ini.

Selain daripada menghilangkan parut jerawat, banyak lagi keistimewaan dan kelebihan yang ada pada Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Ianya mampu memulihkan dengan pantas dan berkesan bagi memudarkan dan menghilangkan Jeragat, Bintik Hitam, Kulit Kusam serta Tona Tidak Sekata.


Dah nampakkan keberkesanan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pada kulit Achik? Mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, cara pembuatannya serta bagaimana teknologi nano yang ada pada serum ini bertindak ke atas kulit korang?

Jom sambung baca....

Info berkaitan produk:

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum merupakan serum pertama yang dikeluarkan oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd di bawah jenama Ephyra. Ianya dihasilkan melalui Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

Paling penting sekali serum ini Bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydriquinone. Teksturnya mudah meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Terdiri daripada gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E yang mampu mencerahkan dan menaikkan seri wajah.


Penggunaan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum secara konsisten pada waktu pagi dan malam dapat memberikan anda 10 kesan nyata yang dapat dilihat dalam tempoh seminggu.

10 Kesan Nyata yang dapat dilihat dengan penggunaan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum secara konsisten


Dihasilkan dengan teknologi Nano tapi bagaimana pula Teknologi Nano ini bertindak pada kulit kita?

Teknologi Nano merupakan antara teknologi yang semakin popular digunakan dalam bidang kecantikan terutama dalam menghasilkan produk-produk kecantikan. Teknologi nano menjadikan partikel serum sangat kecil untuk memudahkan sesuatu produk yang digunakan mudah meresap masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresepa akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaan kulit lebih anjal dan tidak berminyak.

Yes..!! Achik tak tipu..! Setiap kali Achik sapu serum ini pada muka, kulit muka Achik immediately akan rasa lebih lembut, anjal dan rasa syok untuk dibelai. Tak caya ? kena cubalah baru tahu kan...


Bagaimana serum ini berfungsi pada kulit anda?

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 

Walau serum ini nampak likat, tetapi ianya sangat lembut bila disapu pada kulit wajah


Cara Menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

    1 >> Cuci muka dengan pencuci muka
    2 >> Keringkan muka dengan tuala bersih
    3 >> Titiskan 2-3 titisan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pada telapak tangan / hujung jari
    4 >> Gunakan hujung jari untuk ratakan Ephyra Skin Nano Advanced Serum pada beberapa bahagian muka dan leher
    5 >> Dengan urutan yang lembut bermula dari dalam ke luar, sapukan sehingga serum meresap.


Kalau korang berminat nak cuba sendiri serum ini, tahu tak nak beli kat mana?

Ok...Meh sini nak bagitahu. If korang nak kelihatan cantik macam Memey Suhaiza (isteri Norman Hakim) atau pun nak rasa sendiri keberkesanan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum macam yang Achik dah rasa, korang boleh beli secara online melalui laman web rasmi Oceanlife


atau...boleh Whatsapp ke nombor hotline: 019-7373770 / 019-3800779

Ianya juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuklah di Brunei dan Singapura serta boleh dibeli di farmasi / kedai / toko jamu terpilih.

Jangan risau. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini sesuai digunakan pada semua jenis kulit.


Harga ???

Isipadu dalam botol: 15ml

Harga Asal:
RM88 (Sem. Malaysia)
RM92 (Sabah / Sarawak)

Harga Promosi:
RM68 (Sem. Malaysia)
RM72 (Sabah / Sarawak)


Oh ye...Korang yang nak beli dari pengedar, farmasi, kedai atau toko jamu mesti ada rasa curiga sama ada serum yang korang beli tu asli atau tak...hehehe...Jangan risau..sekarang teknologi dah canggih. Melalui smartphone korang pun dah boleh cek produk tu asli atau tak. Pada kotak Serum tu akan ada code macam gambar di bawah. Menggunakan aplikasi QR Code di smartphone korang, korang scan code yang ada pada kotak Serum ini.



Tara....serum yang Achik ada adalah asli dan berkualiti..!! boleh gunakan tanpa was-was..

So, nak miliki wajah yang cantik dan berseri-seri..? Jom Like FB dan Follow Instagram rasmi Oceanlife / Ephyra untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum serta produk lain di bawah jenama Ephyra.

Instagram : @ephyra2u


Miliki kulit wajah cantik berseri dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum....

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment