Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Bersempena
dengan bulan Ramadhan tahun ini, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) turut
melancarkan Buffet Ramadhan 2019 bertemakan “Cita Rasa Timur Tengah”. Sedikit
kelainan yang diketengahkan oleh SACC untuk buffet Ramadhan tahun ini.
Sudah
menjadi citarasa rakyat Malaysia untuk mencari hidangan yang pedas-pedas. Orang
kata tak elok makan pedas-pedas dalam keadaan perut kosong. Bersesuaian dengan
bulan Ramadhan, SACC membawa keunikan hidangan Timur Tengah dengan perisa
rempah aromatic, keaslian rasanya dan kelazatan makanan yang telah menambat
hati pengunjung sejak kemunculan Nuansa Palestin pada tahun 2013 di SACC.
Atas
permintaan ramai, kumpulan Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar
bersama-sama dengan Chef Mohamad Saeranpoor Hossein, seorang chef Arab yang
dibawa khas untuk sama-sama menyediakan hidangan Timur Tengah buat pengunjung
buffet Ramadhan SACC. Sudah pasti, hidangan Nasi Kambing Kebuli menjadi
hidangan utama buffet Ramadhan tahun ini.
Antara
hidangan Timur Tengah yang disediakan seperti Kebab Ayam Irani, Sup Harira,
Tabbouleh, Tahina, Baba Ganoush (masakan terung), serta pencuci mulut kegemaran
masyarakat Tmur Tengah iaitu Qatayef. Qatayef merupakan sejenis pemanis mulut
istimewa yang mempunyai inti krim berkacang. Sudah menjadi kebiasaan hidangan
makanan Timur Tengah ini dimasak menggunakan minyak zaitun. Jadi, menjadi
keutamaan Chef Mohamad untuk memastikan kualiti minyak zaitun yang digunakan
amatlah penting bagi membantu menambah kelazatan makanan.
Sungguh
pun buffet Ramadhan tahun ini berkonsepkan Timur Tengah, para pengunjung tidak
perlu susah hati sebab SACC turut menyediakan makanan tradisi Melayu dalam
buffet line-up nya. Hehehehe…konsep sahaja Timur Tengah, tapi tidak lah semua
hidangan Timur Tengah sahaja. Kepuasan pelanggan perlu dijagakan. Antara
hidangan melayu yang bakal disajikan termasuklah Ayam Gulai Kentang, Singgang
Ikan Tongkol, Rendang Negeri Sembilan, Lala Tumis Pedas, Dadar Telur Green
Peas, Petola Tumis Air Cendawan Telinga, Sayur Goreng Campur, Daging Goreng
Berlada, Ayam Percik, Ikan Asam Rebus, Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Bendi
Tumis Telur, Udang Sambal, Asam Pedas Tetal, Daging Bakar Lemak Pucuk Ubi,
Udang Masam Manis, Lala Cili Padi, Udang Paprik, , Kambing Gulai Kentang,
Sotong paprik, Paru Berlada dan banyak lagi. Sebanyak 6 buffet line-up
disediakan..jadi menu masakan melayu yang disajikan akan ditukar pada setiap
hari.
kaunter ulam-ulaman, kerabu, pelbagai jenis sambal dan jeruk
Korang boleh klik link ni untuk tengok menu yang lengkap https://issuu.com/saccconvec/docs/menu_-_cita_rasa_timur_tengah_buffe
So,
berapa harga Buffet Ramadhan 2019 di SACC ?
Dewasa = RM88.00+
Kanak-kanak (7 hingga 10 tahun) =
RM44.00+
(percuma untuk kanak-kanak berusia 6
tahun ke bawah)
Tempahan melalui laman sesawang SACC =
RM78.00+
Seperti
amalan pada tahun-tahun lalu, tahun ini juga pihak SACC turut mengambil
inisiatif menganjurkan satu program CSR yang memberi peluang kepada pengunjung
SACC untuk “Berbuka sambil Beramal”. Setiap pembelian voucher bernilai
RM88.00+, sebanyak RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain
kepada Tabung Kebajikan Gelandangan – Food for Homeless dengan kerjasama pihak
Rizq Ar-Rahman Charitable Labuan Foundation.
SACC
turut menawarkan harga promosi buat pelanggan korporat yang ingin membuat
tempahan berbuka puasa. Pakej Korporat menawarkan harga bermula daripada
RM70.00+ dengan jumlah minima tetamu seramai 80 orang. Pakej ini menyediakan ruang
khas untuk tetamu korang. So, korang yang berminat boleh lah hubungi pegawai
SACC yang berkenaan untuk perbincangan agar majlis korang berjalan lancar.
Untuk
tempahan:
-
Hubungi
talian 03-5511 8858
Facebook
: https://www.facebook.com/SACCOfficialnew
شركة تنظيف كنب بالجبيل
ReplyDeleteشركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بسيهات
شركة المثالية لتنظيف الفلل بسيهات
شركة المثالية لتنظيف المنازل بسيهات
rendang daging
ReplyDeletekerja kosong part time
ReplyDeleteIdea Bisnes
Part time sambilan
Etiqa Tripcare 360 takaful
ReplyDeleteTripcare 360
goodies murah
ReplyDeleteKerja Part Time
Menu hari raya
Kudapan
frozen food
ReplyDeletebarang runcit
produk iks
fresh market