Assalamualaikum dan Salam
sejahtera...
Meriah dengan pelancaran
Bufet Ramadhan 2019 di sana sini. Sime Darby Convention Centre (SDCC) juga
tidak kurang hebatnya untuk tahun ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, SDCC
masih lagi mengekalkan “Ramadhan Indulgence Dinner” di Restoran China Treasures
SDCC manakala Bufet Ramadhan 2019 di Restoran Halia pula berkonsepkan “Jalan-Jalan Ramadhan Buffet”.
Pada setiap tahun, dua
restoran utama di SDCC iaitu Halia dan China
Treasures tidak pernah mengecewakan pengunjungnya sepanjang bulan
Ramadhan. Jom kita tengok apa yang menarik ditawarkan di Restoran Halia sepanjang
bulan ramadhan nanti...
“Jalan-Jalan Ramadhan
Buffet” di Restoran Halia
Untuk tahun ini, Bufet
Ramadhan di Restoran Halia SDCC diketuai oleh Chef Mohd Nordin bin Abdullah.
Sudah pasti, Chef Mohd Nordin menjanjikan pelbagai hidangan hidangan yang sudah
pasti memuaskan selera masyarakat Melayu yang terdiri daripada Udang Sambal
Tumis Petai, Bubur Lambuk Berherba, Roasted Whole Lamb dan Kacang Pool Special.
Konsep gerai yang telah
diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu sememangnya berjaya menarik minat para
pengunjung untuk berbuka puasa di sini. Sebanyak 30 gerai yang menawarkan
pelbagai jenis makanan..Ada di antara gerai tersebut menawarkan hidangan panas
yang dimasak secara live di situ. Antara hidangan yang ditawarkan termasuklah
Sup Berempah, Laksam Kelantan, Masakan Kawah, Lidah Bakar, Tempayan Roasted
Chicken, Teppanyaki Assorted Sushi dan Shashimi, Sizzler, Hot Plate dan
pelbagai jenis cucur.
Di sudut bakar-bakar pula sudah
tentu menyajikan hidangan seperti Roasted Crispy Duck dengan pilihan sos plum,
kerang dan ikan bakar.
Sungguh pun Bufet Ramadhan 2019 di
Restoran Halia menekan hidangan tradisi melayu, pihak SDCC tidak pernah
melupakan mereka yang menggemari hidangan antarabangsa. Di stesen Pasta Italian
menawarkan pelbagai jenis pasta termasuklah Spaghetti Carbonara / Tomato
Concasse Sauce, Penne mahu pun Fettuccini yang boleh dimakan dengan sos Bolognese.
Di sudut minuman pula, apa
yang menarik adalah air zam-zam yang turut disediakan buat para tetamu untuk
membasah tekak ketika berbuka puasa. Selain itu, turut disediakan adalah Teh
Tarik, Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Guava Asam Boi, Cincau, Air Jagung, Air
Tebu, Ice Blended Chocolate dan mocha.
Bercakap tentang pencuci mulut
pula, Restoran Halia tidak pernah mengecewakan para tetamunya...Pelbagai jenis
pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-muih tradisi melayu yang sedap, tapai
pulut, wajik, dodol, ABC, pancakes, aiskrim, Orio Churros dengan Sos Caramel
dan Green Tea Caramel…Sumpah sedap la dessert dekat sini..!!!!
Untuk korang yang datang
berbuka pada hari Jumaat dan Sabtu, Restoran Halia akan menyajikan hidangan
istimewa seperti Siput Sedut, Otak-otak Sotong Sumbat, Baked Saffron Lamb
dengan Saffron Rice, Green Tea Caramel dan Chili Crab Chinese style cooking.
Perghhhh…kena cepat-cepat buat tempahan meja untuk hari Sabtu ni. Mesti laku
keras.
Harga Biasa : RM99 ++
Masa : 6.30 pm -
10.30 pm
Tempoh : 6
Mei 2019 – 2 Jun 2019
*
kanak-kanak (usia 5 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas)
nikmati diskaun 25%
**
kanak-kanak usia bawah 5 tahun makan percuma
Ramadhan Indulgence Dinner
Kalau korang teringin
berbuka puasa dengan masakan Chinese, maka Ramadhan Indulgence Dinner di China
Treasures adalah pilihan yang tepat.
Sama seperti tahun-tahun
lalu, makanan di China Treasures semuanya panas-panas. Ianya tidak dihidangkan
secara Bufet. Jadi para tetamu yang hadir perlu buat tempahan makanan on the
spot. Ramadhan Indulgence Dinner di China Treasures menawarkan lebih 60 hidangan ‘ala
minute’ yang boleh ditempah termasuklah 79 pilihan dim sum yang
menarik.
Menu ‘ala minute’ yang
ditawarkan merupakan menu top yang disarankan oleh Chef di China Treasures yang
terdiri daripada Deep Fried Shimeiji Mushroom with Salted Egg Yolk dan serbuk
cili, Steamed Grass Carp with Minced Chili Soya Sauce, Deep Fried Tiger Prawns
with Creamy Butter Sauce, Deep Fried Chicken with “Kung Pao” Sauce dan Roasted
Duck In “Pi Pa” style. Banyak lagi menu yang menarik menanti para pengunjung
sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Selain itu, sebanyak 79
jenis dim sum ditawarkan termasuklah Steamed Chicken and Shrimp Dumplings with
Mushroom, Deep-Fried Shrimp Patties with Sliced Almond, Stir-Fried Radish Cake
& Beansprouts with Chili Sauce, Deep-Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll,
Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Buns.
Harga Biasa : RM99 ++
Masa : 6.30 pm -
10.30 pm
Tempoh : 01
Mei 2019 - 30 Jun 2019
*
kanak-kanak (usia 6 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas)
nikmati diskaun 25%
**
kanak-kanak usia bawah 6 tahun makan percuma
Promosi
Early Bird
Untuk Tempahan
Halia
Tel. : 03-2089 3799
Emel :
halia.sdcc@simedarbyproperty.com
China Treasures
Tel. : 03-2089 3788
Emel :
chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com
Banquet Enquiry
Tel. : 03-2089 3688
Emel. :
enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com
~ Achik ~
Very nice blog and articles. I am realy very happy to visit your blog. Now I am found which I actually want. I check your blog everyday and try to learn something from your blog. Thank you and waiting for your new post. 토토사이트
ReplyDeletesedapnya semua lauk pauk diatas
ReplyDeletekencing manis
bengkung
kurus
persediaan bersalin