Baru-baru
ini Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
telah mengumumkan prestasi kutipan zakat bagi tahun 2018. Sesi sidang media
yang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YBhg.
Dato’ Seri Dr. Mujahid bertempat di Hotel Everly Putrajaya telah menyaksikan
peningkatan yang memberangsangkan ke atas prestasi kutipan zakat untuk tahun
2018.
Dengan
berlakunya peningkatan ke atas jumlah kutipan zakat tersebut, Achik pasti ramai
di luar sana yang ingin tahu bagaimana proses agihannya dilaksanakan kepada
mereka yang memerlukan. Pertama sekali korang kena fahamkan fungsi dan
perbezaan antara PPZ-MAIWP dan Baitulmal-MAIWP. Untuk pengetahuan korang,
PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat yang menguruskan
bahagian kutipan, manakala Baitulmal-MAIWP dan Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) menguruskan agihan
sama ada agihan langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.
So, korang dah lebih jelas kan tentang perbezaan fungsi 2 organisasi ini?
Jadi,
dari segi agihan pula bagaimana ianya dilaksanakan kepada golongan asnaf? FYI,
Baitulmal-MAIWP dan MAIWP membuat agihan zakat kepada golongan asnaf melalui 28
skim bantuan yang merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan,
perniagaan, kebajikan dan dakwah. Proses agihan bantuan ini dilaksanakan secara
berterusan sepanjang tahun. Sebagai contoh, apabila MAIWP mengenal pasti satu
keluarga yang tergolong dalam kategori asnaf miskin, keluarga ini akan menerima
bantuan berikut:
i)
Bantuan
kewangan bulanan
ii)
Bantuan
sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
iii)
Bantuan
pelajaran kepada anak-anak
iv)
Bantuan
perubatan sekiranya ada masalah kesihatan
v)
Bantuan
perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan kecil-kecilan
Walau
pun proses agihan bantuan zakat ini dibuat sepanjang tahun, tetapi golongan
asnaf ini digalakkan untuk berusaha dan menjana pendapatan sendiri supaya tidak
bergantung kepada bantuan zakat sepenuhnya sepanjang hidup mereka. Sebab itulah
MAIWP menawarkan bantuan seperti bantuan perniagaan bagi membantu golongan
asnaf ini menjana pendapatan mereka. So sedikit sebanyak kutipan zakat boleh
diagihkan kepada golongan asnaf yang lain yang lebih memerlukan.
Macam
mana pula nak mohon bantuan zakat ini? Achik pasti mungkin ramai lagi di luar
sana yang tidak jelas dan memohon bantuan zakat di saluran yang tidak tepat.
Maka, timbul pula isu-isu bantuan zakat tidak diterima disebabkan kesilapan
dalam proses permohonan. Untuk mereka yang berada di sekitar Wilayah
Persekutuan, bantuan zakat ini boleh dipohon di mana-mana Pusat Agihan Zakat
(PAZA) iaitu 9 lokasi di Kuala Lumpur dan 1 di Labuan. Klik link ini untuk
dapatkan info lanjut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami atau hubungi
talian hotline 012-518 3614 / 012-512
7614, atau talian bebas tol 1800 88
5222 dan like FB mereka di https://www.facebook.com/BaitulmalMAIWP
MAIWP juga turut mengagihkan bantuan zakat secara
tidak langsung termasuklah untuk penubuhan prasarana dan juga pendidikan.
Sehingga kini, MAIWP telah membuka beberapa institusi pembelanjaran bermula
dari usia muda sehinggalah pengajian tinggi. Berikut adalah senarai institusi
pendidikan di bawah MAIWP.
1.
Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar
Sri Permaisuri.
2.
SMA- MAIWP Labuan
3.
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di
Bandar Tun Razak.
4.
Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung
Pandan
5.
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung
Pandan
6.
Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu
Muda
7.
Darul Ilmi di Sungai Penchala
8.
Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di
Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
9.
Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al-
Nabawiyyah
Institusi Perlindungan dan
Kebajikan pula
1.
Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2,
Gombak untuk anak-anak yatim
2.
Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk
pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.
3.
Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf
Jom tengok prestasi kutipan zakat untuk tahun 2018:
Bil
|
Perkara
|
2018 (RM)
|
2017 (RM)
|
%
Kenaikan 2018/2017
|
1
|
Kutipan Zakat
|
651,228,032.94
|
615,199,108.06
|
+ 6%
|
Bil
|
Perkara
|
2018
(Jumlah orang)
|
2017
(Jumlah orang)
|
%
Kenaikan 2018/2017
|
1
|
Pembayar
Zakat
|
180,958
|
169,372
|
+ 7%
|
Dengan peningkatan prestasi kutipan zakat bagi
tahun 2018, sudah pasti berlaku peningkatan untuk target kutipan zakat
PPZ-MAIWP bagi tahun 2019 iaitu dengan sasaran RM710 juta yang melibatkan
seramai 190 ribu orang pembayar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya
dan Labuan. Yang pasti, setiap peningkatan dalam target tahunan hendaklah
seiring dengan perancangan tahunan bagi tahun 2019. PPZ-MAIWP telah
menrencanakan pelbagai aktiviti, program, kempen bagi meningkatkan kesedaran
untuk membayar zakat di kalangan umat Islam khususnya.
Berikut adalah perancangan PPZ-MAIWP bagi tahun
2019
·
Mengadakan program–program untuk mendapatkan
pembayar baru zakat.
·
Kempen Penambahan Potongan Gaji.
·
Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta.
·
Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat
perniagaan.
·
Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.
·
Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan
zakat.
·
Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat
perniagaan.
·
Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti.
·
Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat
Perkhidmatan Zakat.
·
Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan
fatwa-fatwa berkenaan zakat.
·
Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi
teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan.
·
Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi
pembayar zakat.
·
Kempen Skim Thohir di sektor awam.
·
Kolaborasi bersama pihak luar.
·
Menambahbaik saluran bayaran zakat.
·
Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk
diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah).
·
Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang
tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan.
·
Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah
Persekutuan.
·
Program–program bersama pembayar besar di Wilayah
Persekutuan.
·
Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.
Dengan penerangan secara
panjang lebar ini, Achik harap korang yang membaca dah dapat gambaran yang
jelas berkaitan dengan proses agihan bantuan zakat kepada golongan asnaf.
Semoga dengan kempen-kempen kutipan zakat yang dilaksanakan oleh PPZ-MAIWP ini
dapat meningkatkan lagi jumlah kutipan zakat agar lebih ramai golongan asnaf di
sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat dibantu.
~ Achik Huda ~
No comments:
Post a Comment