Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Kalau
korang semua nak tahu, sejak MAHA diadakan, inilah pertama kali Achik
menjejakkan kaki ke tapak MAHA..yes, MAHA 2016..!! Tertarik dengan perkongsian
gambar dan info menarik yang dikongsi oleh rakan-rakan Achik, buat diri ini
terpanggil untuk sama-sama memberi sokongan kepada MAHA 2016. Penganjuran MAHA
ni merupakan program dwi tahunan Ministry of Agriculture (MOA). Memandangkan
sambutan yang sangat memberangsangkan, MOA sedang mempertimbangkan untuk
menjadikan MAHA acara tahunan mereka
10
Disember 2016 (Sabtu), Achik dengan jayanya telah menjejakkan kaki di tapak
MAHA 2016 bersama rakan-rakan Blogger yang lain. Walau kesuntukan masa untuk
explore setiap pelusuk laman yang ada di MAHA 2016, Achik tetap berpuas hati
kerana dapat mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan pertanian, peladangan,
penternakan dan perikanan.
Jom
Achik kongsikan pada korang tempat-tempat yang Achik sempat lawati di MAHA 2016
yang boleh dijadikan panduan buat korang yang akan berkunjung ke MAHA 2016 pada
hari terakhir, 11 Disember 2016...
NAFAS CUBE @mardi
Nafas
Cube merupakan Homestay berkonsepkan kontena, tube dan khemah. Struktur dan
landskap di Nafas Cube ni sangat cantik. Ianya dibina sempena MAHA 2016 dan
akan kekal di situ untuk disewa walau pun MAHA 2016 telah melabuhkan tirai pada
11 Disember 2016.
Ada pelbagai jenis bilik yang boleh disewa..yang paling Achik suka adalah bilik VIP yang dibuat dalam kontena...Bilik VIP ni terletak di tingkat atas dan pemandangan persekitaran Nafas Cube dari tingkat atas ni sangat menarik..
Bilik VIP, kontena berwarna Oren
Bilik khemah
Ini lah rupa dalam Bilik VIP di NAFAS CUBE
Nafas Cube juga menyediakan Cafe bersebelahan dengan homestay. Jadi, kalau bermalam di sini, jangan lupa sarapan pagi di Cafe Nafas Cube. Pelbagai makanan dan minuman disediakan untuk para pengunjung. Air mentol yang berwarna-warni pun boleh didapati di sini.
Sempat bersarapan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Laman Perikanan
Meneruskan
langkah ke Laman Perikanan, tempat pertama yang diterjah adalah Tuna in the House...pastikan korang
rasa satay tuna di sini. Sedap tau !
Nama
pun Laman Perikanan, sudah tentu pelbagai jenis spesis ikan dipamerkan di sini.
Turut dipamerkan adalah Ikan Termahal...Tak sangka Achik ada juga yang sanggup
keluar duit untuk makan ikan mahal-mahal. Ikan paling mahal yang dipamerkan di
sini adalah Ikan Empurau, dijual
pada harga RM1,800/kg !!
Kingdom of Sharks juga turut dibina di Laman Perikanan
bertujuan untuk memupuk kesedaran manusia dalam kempen Say No to Sharkfin.
Laman Padi
Pitstop
Achik seterusnya adalah di Laman Padi. Padi sangat sinonim dengan negeri Kedah.
Tapi kalau korang nak tahu, padi bukan ditanam di negeri Kedah sahaja, malah
sawah padi turut terdapat di Melaka, Selangor dan Perak.
Industri penanaman padi ni dah semakin maju. Malah agensi-agensi yang terlibat telah pun menggunakan teknologi canggih dalam proses penanaman padi dan pemprosesan beras. Kat sini nanti bolehlah korang pelajari lebih lanjut lagi tentang padi dan beras.
Kenali jenis beras di sini
Banyak aktiviti diadakan di kawasan bendang. Antaranya perlawanan bola sepak dalam kawasan bendang..Menarik tau untuk ditontoni..bukan permainan yang mudah bila korang kena berlari dalam selut yang berat. Nak bangun dari selut tu pun macam seksa..Tapi inilah hakikat kehidupan anak-anak kelahiran sawah bendang..Mereka membesar dengan aktiviti seperti ini.
Pengunjung berpeluang untuk buat bedak sejuk di Laman Padi
Pineapple Planet
Rupa-rupanya
nanas ni ada pelagai jenis.. Yang Achik selalu nampak adalah Nanas Morris.
Nanas Morris ni memang senang nk jumpa di pasaraya terkemuka atau pun yang jual
ditepi jalan. Disebabkan selalu sangat jumpa Nanas Morris, jadi Achik ingat
semua nanas yang Achik pernah makan sebelum ni adalah nanas jenis
Morris...hahahaha..begitulah jadinya kalau cetek ilmu berkaitan pertanian.
Kalo
korang nak tahu, nanas ada pelbagai jenis. Selain Morris, ada Nanas Gandul,
Nanas Josapine, Nanas Sarawak, dan Nanas
MD2. Sebenarnya Nanas MD2 ni yang sesuai untuk makan dan dijadikan minuman.
Ianya tidak tajam, dan lidah korang takde la rasa macam luka-luka.
Evolusi Nanas
Kat Laman Nanas ni juga korang berpeluang untuk rasa Jus Bob Nanas. Dijual dengan harga RM5 sebotol. Perghhh...jus nya memang asli nanas yang sedap !
Laman Armada Jentera
Dah
puas minum Jus Bob Nanas, Achik meneruskan pengembaraan di MAHA 2016 dengan
berkunjung ke Laman Armada Jentera. Tertarik betul Achik dengan jentera-jentera
yang dipamerkan. Ada jenteranya seperti watak dalam filem kartun Carz..hahaha..
Para pengunjung juga diberi peluang untuk menaiki Monoride pada kadar yang rendah. Kalau korang nak tahu, Monoride ni digunakan oleh petani untuk bercucuk tanam di kawasan lereng-lereng bukit.
Achik suka Strawberry
Jus Jagung Klebang ni pun sedap !
Korang
juga boleh dapatkan produk-produk makanan keluaran Peladang di Laman Armada
Jentera.
Laman Veterinar
Hehehe..inilah
laman yang Achik tunggu-tunggukan. Tak sabar nak tengok betapa sadonya lembu
yang dipamerkan di sini. Kalau korang nak tahu Lembu Sado ni besar bukannya gemuk lemak, tetapi ianya adalah
daging. Penternakan Lembu Sado ni
sangat terkenal di Kelantan.
Memandangkan Achik ada darah pencinta haiwan, jadi Achik sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan Lembu Sado. Petugas veterinar turut berkongsi info tentang proses persenyawaan Lembu Sado. Sesuatu yang menarik untuk korang ketahui, air mani lembu sado jantan yang dikeluarkan boleh dibekalkan kepada 300 straw yang akan dimasukkan ke dalam rahim 300 lembu sado betina..Bunyi macam lucah, tapi kalau korang nak faham dengan lebih lanjut lagi, apa kata korang singgah di Laman Veterinar pada hari terakhir MAHA 2016, 11 Disember 2016.
Laman Sayur
Zaman
sekarang ni agak sukar untuk memiliki rumah atas tanah. Selalunya mereka yang
tinggal ni kondominium, apartment mahupun flat akan menggunakan alasan tiada
tanah untuk bercucuk tanam. Ni Achik nak beritahu korang, dekat Laman Sayur ni
turut dipamerkan tanaman yang sesuai ditanam di balkoni. Jadi alang-alang rumah
korang dh tinggi, apa kata bercucuk tanam di balkoni..Jadi tak perlulah turun
ke kedai untuk membeli sayur kalau korang boleh tanam sayur sendiri di balkoni
rumah...Bijak kan..
Di sini juga ada sarang madu kelulut. Achik berpeluang untuk sedut madu kelulut direct dari kantung madu kelulut terus masuk ke dalam mulut..hahaha..Cuak juga dengan lebah madu kelulut yang berterbangan.
Sarang Madu Kelulut
Rythem of The Farmers
Tapak
konsert sempena MAHA 2016. Malam tadi giliran Dato’ Ramli Sarip menghiburkan
peminat.
Tapak
Rythem of the Farmers ini sebenarnya adalah padang ragut. Sekiranya tiada apa-apa
program diadakan, kuda akan dilepaskan untuk meragut rumput-rumput di situ.
Perkampungan Durian Runtuh (Upin
Ipin)
Sudah
pasti ini adalah tarikan utama MAHA 2016. Upin Ipin sangat sinonim dengan
kanak-kanak. Menjadikan watak Upin Ipin sebagai duta untuk mempromosikan MAHA
2016 adalah langkah yang bijak untuk tarik crowd..
Jangan
kata kanak-kanak, orang dewasa seperti Achik pun meminati Upin Ipin ni. Sebaik
je melangkah masuk ke dalam Perkampungan
Durian Runtuh, wahhhh...cantiknya hiasan kat dalam ni. Ada visual 3D Upin
Ipin turut dipamerkan. Malah ibu bapa dan anak-anak boleh mengambil peluang
untuk beristirehat dalam kawasan Perkampungan
Durian Runtuh.
Setiap pengunjung yang masuk ke sini akan dibekalkan dengan pasu kecil. Pasu kecil ini akan diisi dengan tanah dan kemudiannya pengunjung boleh memilih benih apa yang hendak ditanam dalam pasu tersebut. Oh ye, korang jangan lupa tanya pada petugas di situ macam mana cara untuk pastikan benih yang korang tanam tu hidup dan membesar. Hehehe..
Achik pilih pokok bunga raya...agak2 boleh hidup tak?
Persembahan pentas Upin Ipin dan Rakan-rakan juga turut diadakan pada waktu yang telah ditetapkan. Memang full house ok!
Empayar Makanan (Food Empire)
Yeeehaaaaa....kalau
perut tu dah lapar, kenalah pandai-pandai cari gerai makan. Di MAHA 2016
bersepah kedai makan..so perut korang tu tak kan berada dalam mode kelaparan...hehehe..
Fakta
yang perlu korang tahu, Empayar Makanan ni
menyediakan lebih 168 sajian makanan dari seluruh pelusuk Malaysia. Ruang
tempat makan juga luas dan sangat selesa.
Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak...Sedap ok..ikannya besar !
Ketupat Sotong
Antara Gerai Makan yang ada di Empayar Makanan
Actually,
banyak lagi tempat yang Achik tak sempat nak explore. Masa berlalu sangat
pantas dan rasanya sehari di MAHA 2016 memang tidak cukup..
Memandangkan
MAHA 2016 akan melabuhkan tirai pada hari Ahad 11 Disember 2016, Achik berhajat
nak ke MAHA 2016 untuk singgah di DOME #IATbazaar..Iaitu ruang jualan bagi produk-produk
Industri Asas Tani..
So,
kalau korang yang belum ke MAHA 2016, jangan lepaskan peluang. Banyak
produk-produk industri kecil, pertanian, perikanan, peladangan dan sebagainya
untuk korang dapatkan. Sudah pasti, harga yang ditawarkan pada harga promosi.
Jagung Mr. Roscorn...sedap !
Aiskrim Melon pun sedap !
Bagi
mereka yang suka bercucuk tanam, MAHA 2016 adalah tempat terbaik untuk dapatkan
apa-apa benih pokok untuk di bawa pulang. Jangan risau kalau tak cukup tangan
nak pikul. Khidmat penghantaran anak-anak pokok ke kereta turut disediakan.
Pastikan
korang datang awal pagi. Waktu terbaik, elok lepas solat subuh tu terus
bertolak ke MAHA 2016. Memandangkan cuti umum yang panjang, hari terakhir MAHA
2016 akan diserang oleh lawatan manusia..
Jumpa
korang semua di MAHA 2016 !
~ Achik ~
Kene pergi banyak hari baru boleh habis tawaf semua ni. Eh, tak tahu pula ada khidmat penghantaran tu. Thanks!
ReplyDeleteTula..kna repeat byk hari baru puas membeli..haha..ada trbaca pasal khidmat penghantaran pokok ke kereta di fb MAHA
DeleteCantiknya gambar2 Acik kat sana...rasa cam nak repeat lagi ke sana, tapi kederat dah tak ada..hahaha
ReplyDeleteHehehe...byk gambar selfie sendiri...nk repeat lagi dah habis dah kak..hehe..kalo nafas cube tu lpas habis MAHA bleh saje2 singgah brgambar...jalan Maeps tu slalu jalan achik lalu nk lari dri jem dkt dpn ioi city mall bila blik keje..hihi
DeleteHari yang baik
ReplyDeleteAdakah anda memerlukan pinjaman segera untuk menyelesaikan keperluan kewangan anda, Kami menawarkan Pinjaman antara (($ 5,000.00 kepada $ 20,000,000.00)) Max, kita boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik, dengan 100% Jaminan Kami juga menyediakan pinjaman dalam (Euro, Pounds dan Dolar.) kadar faedah yang boleh digunakan untuk semua pinjaman adalah pada tahap yang rendah jika anda boleh menjadi yang berminat untuk kembali kepada kami melalui (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
DATA PERMOHONAN
1) Nama penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Negeri:
5) Seks:
6) Status perkahwinan:
7) Work:
8) Nombor Telefon:
9) Pendapatan bulanan:
10) Jumlah pinjaman:
11) Tempoh Pinjaman:
12) Tujuan pinjaman:
13) Agama:
14) Umur:
Courtesy
Mrs Iskanda Lestari, Ketua Pegawai Eksekutif,
email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
ditandatangani
Pengurusan.
Hari yang baik
ReplyDeleteAdakah anda memerlukan pinjaman segera untuk menyelesaikan keperluan kewangan anda, Kami menawarkan Pinjaman antara (($ 5,000.00 kepada $ 20,000,000.00)) Max, kita boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik, dengan 100% Jaminan Kami juga menyediakan pinjaman dalam (Euro, Pounds dan Dolar.) kadar faedah yang boleh digunakan untuk semua pinjaman adalah pada tahap yang rendah jika anda boleh menjadi yang berminat untuk kembali kepada kami melalui (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
DATA PERMOHONAN
1) Nama penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Negeri:
5) Seks:
6) Status perkahwinan:
7) Work:
8) Nombor Telefon:
9) Pendapatan bulanan:
10) Jumlah pinjaman:
11) Tempoh Pinjaman:
12) Tujuan pinjaman:
13) Agama:
14) Umur:
Courtesy
Mrs Iskanda Lestari, Ketua Pegawai Eksekutif,
email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
ditandatangani
Pengurusan.