Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Tahniah
Achik ucapkan buat Ice-Watch kerana larian kedua ‘Ice-Watch – Light Up The
Night Run 2016’ telah berlangsung dengan jayanya pada 03 Disember 2016. #IWLUTNR16 dimulakan dengan senaman
zumba untuk memanaskan badan para pelari. Tepat jam 8.30 pm, larian dimulakan dengan
pelepasan peserta untuk jarak 10 KM diikuti dengan jarak 5 KM.
Suasana
pada malam tersebut sangat ceria dan jalan raya di Shah Alam diwarnai dengan
warna t-shirt yang berwarna-warni yang dipakai oleh para pelari. Kalau korang
nak tahu, t-shirt larian #IWLUTNR16
terdiri daripada warna Biru, Hijau, Kuning, Orange, Merah, Pink dan Ungu.
Larian #IWLUTNR16 turut disertai
oleh pelari amatur dan pelari berpengalaman yang pernah turut serta dalam
larian pada tahun lepas.
Pada
larian tahun lepas, Ice-Watch telah berjaya menarik penyertaan hampir 3,500
orang peserta. Berbeza dengan larian tahun ini, Ice-Watch menerima hampir 6,000
penyertaan. Penambahan jumlah peserta ini lebih kepada laluan 5 KM. Walau
bagaimanapun, terdapat juga pelari baru pertama kali yang menyertai larian
Ice-Watch turut mendaftar bagi larian jarak 10 KM yang meliputi laluan ke Bukit
Bandaraya. Lebih menarik, pada malam tersebut, Plaza Shah Alam selaku penaja
lokasi telah menyediakan ruang makan dan peluang membeli belah kepada peserta
sebelum dan selepas larian kerana waktu operasi pada malam tersebut telah
dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.
para peserta dengan tshirt rasmi yang berwarna-warni telah berkumpul di parking lot Plaza Shah Alam menanti larian bermula
Untuk
t-shirt larian pula, 2ndSkin telah menjadi penaja bagi T-shirt rasmi yang mana
kesemua peserta yang mengambil bahagian mempunyai pilihan untuk memilih salah
satu daripada 7 warna yang ada. Kalau korang nak tahu, 7 warna tersebut
merupakan warna unik jam jenama Ice-Watch. Tidak lupa juga, finisher medal
untuk larian ini menggunakan ‘black steel die-cut’ yang menampilkan warna
semangat Ice-Watch.
YBhg. Datin Sri Zarida Nordin dan YBhg. Dato' Sri Meer Habib
Apa
yang diperkatakan oleh Pengerusi Ice-Watch Malaysia, YBhg. Dato' Sri Meer
Habib adalah tepat. Tidak kira berapa pun umur korang, #IWLUTNR16 bertujuan untuk menggalakkan seluruh keluarga tampil
aktif sambil berseronok dan meningkatkan kesedaran kita tentang kesihatan.
YBhg. Dato' Sri Meer Habib juga sentiasa menggalakkan pekerja-pekerjanya untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti sebegini. Ianya secara tidak langsung dapat
menanam semangat persaingan, keazaman dan inspirasi dalam diri anak-anak muda
sama ada dalam bidang akademik mahupun kerjaya. #IWLUTNR16 diadakan bertujuan untuk menyokong sukan larian dengan
cara yang positif dan memberi kesan kepada rakyat dan komuniti Malaysia.
Peserta memulakan larian
“Ini
adalah tahun kedua The Marathon Company bekerjasama dengan Ice-Watch, satu
jenama global jam tangan yang terkenal di pasaran. The Marathon Company berasa
bangga untuk bekerjasama dengan Ice-Watch dan berharap larian ini menjadi
larian yang tak dapat dilupakan,” En. Hafiz Md Khas, Project Director of The
Marathon Company.
#IWLUTNR16 tahun ini menyaksikan Ice-Watch
berbesar hati menyediakan hadiah jam tangan Ice-Watch bernilai lebih
RM1,000,000.00 kepada 2,000 peserta bertuah yang dipilih secara rawak. Para
peserta yang bertuah berasa sangat teruja pada hari pengambilan ‘race kit’.
Jam tangan percuma untuk 2000 pelari yang bertuah
Jalan raya di sekitar Shah Alam meriah dengan para peserta Ice-Watch Light Up The Night Run 2016
Selain
itu, Ice-Watch juga memperuntukkan voucher pembelian jam tangan Ice-Watch Ice-Style
kepada semua peserta yang mendaftar #IWLUTNR16..Para
peserta berpeluang beli jam yang berharga RM699 dengan harga RM99 sahaja !!
Wow..!!!! Murah sangat !!!! Kalau korang nak tahu, sempena #IWLUTNR16 Ice-Watch telah mengadakan roadshow selama 3 hari di
Plaza Shah Alam. Jadi para peserta yang mempunyai voucher tersebut berpeluang
membeli jam tangan Ice-Watch Ice-Style di roadshow tersebut dengan harga RM99
dan tiada limit pada kuantiti yang dibeli!! Wow !!! Patutlah ramai yang beli
jam tu berkotak-kotak. Achik pun siap beli 7 kotak...hehehe...
Para peserta larian mengambil peluang untuk membeli jam tangan Ice-Watch Ice-Style dengan harga RM99 sebelum larian bermula
Pemenang 10 KM Lelaki dan Perempuan
Apa-apa
pun, tahniah Achik ucapkan buat Ice-Watch dan The Marathon Company kerana #IWLUTNR16 telah berlangsung dengan
jayanya. Berikut adalah senarai nama pemenang beserta hadiah yang berjaya
dibawa pulang bagi #IWLUTNR16 di
bawah kategori 10 KM dan 5 KM:
Top 3 Lelaki. (dari kiri) Amin Manan, Goh Wai Ching, YBhg. Dato' Sri Meer Habib, Hafiz Khas, Azwan Bunjing
TOP 5 LELAKI
1st Prize – Goh Wai Ching (Emas)
1
x Limited Edition Ice-Watch Golf Bag bernilai RM2,500
1
x Ice-Watch BMW Motosport Steel Chrono timepiece bernilai RM1,289
2nd Prize – Azwan Bunjing (Perak)
3rd Prize – Amin Manan (Gangsa)
1
x Ice-Watch backpack bernilai RM300 setiap seorang
1
x Ice-Watch City Milanese timepiece bernilai RM899 setiap seorang
4th Prize – Ahmad Sayuti bin Abu
Khuzafah
5th Prize – Jasni Khairil bin
Jamaluddin
1
x Ice-Watch backpack bernilai RM300 setiap seorang
1
x Ice-Watch SixtyNine timepiece bernilai RM539 setiap seorang
Top 3 Perempuan. (dari kiri) YBhg. Datin Sri Zarida Nordin, Seah Bee Lian, Karen Goh, YBhg. Dato' Sri Meer Habib, Hafiz Khas, Angel Tang
TOP 5 PEREMPUAN
1st Prize – Karen Goh (Emas)
1
x Limited Edition Ice-Watch Golf Bag bernilai RM2,500
1
x Ice-Watch BMW Motosport Steel Chrono timepiece bernilai RM1,289
2nd Prize – Angel Tang (Perak)
3rd Prize – Seah Bee Lian (Gangsa)
1
x Ice-Watch backpack bernilai RM300 setiap seorang
1
x Ice-Watch City Milanese timepiece bernilai RM899 setiap seorang
4th Prize – Ngu Wee Jyeh
5th Prize – Vivien Chen
1
x Ice-Watch backpack bernilai RM300 setiap seorang
1
x Ice-Watch SixtyNine timepiece bernilai RM539 setiap seorang
Untuk
maklumat lanjut berkaitan Ice-Watch – Light Up The Night Run 2016 dan
Ice-Watch, bolehlah layari:
FB
rasmi Ice-Watch – www.facebook.com/ice.watch.my
IG
rasmi Ice-Watch – www.instagram.com/ice_watch_malaysia
Saat-saat pelari dilepaskan bagi larian 10 KM
Murahnya jadi RM99 dari RM69.. Hi Achik, first time singgah sini. Sha follow. Salam kenal..
ReplyDelete