Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...
Pada
penghujung bulan Ramadhan yang lepas, Pure Beauty dengan kerjasama Watsons
Malaysia telah mengadakan ‘Pink Party’ bersama Ahli VIP Watsons serta Komuniti
Blogger bertempat di Talent Lounge, PJ. Party bertemakan warna pink ini turut
mendapat kerjasama daripada ZALORA dan ELITE Hair.
Wajib bergambar dengan dekorasi yang cantik
Sementara
menunggu waktu berbuka puasa, para tetamu berpeluang untuk menyaksikan
demonstrasi memasak yang disampaikan oleh Chef Selebriti Lioniel. Chef Lionel
telah diundang untuk berkongsi resepi dan cara menyediakan ‘pink pudding’. Idea
untuk mengadakan demonstrasi memasak ini memang kena sangat dengan persiapan
untuk menyambut hari raya. Siapa tahu antara tetamu yang hadir pada hari
tersebut ada yang mencubanya di rumah dan menghidangkan ‘pink pudding’ buat
para tetamu yang hadir beraya. Selain ‘pink pudding’ Chef Lionel turut membawa
bersama cookies dan beberapa makanan yang telah beliau sediakan terlebih dahulu
untuk dinikmati oleh tetamu yang hadir.
kanan: Chef Selebriti Lionel bersama pembantunya
Pink pudding
Cookies yang telah disediakan oleh Chef Lionel
Semua hidangan ini adalah resepi oleh Chef Lionel
Tiba
waktu berbuka puasa, para tetamu yang hadir ke ‘Pink Party’ tersebut disajikan
dengan makanan dan lauk-pauk yang sedap dan lazat.! Ini merupakan kali kedua
Achik mencuba makanan yang disediakan oleh Talent Lounge…Kesedapan makanannya
memang tak dapat disangkal lagi.
Suka dengan dekorasi bertemakan pink ini.
Aksesori rambut tajaan ELITE Hair
Selesai
berbuka puasa, para tetamu masih lagi setia menunggu aktiviti seterusnya.
Sempena nak menyambut Hari Raya, ZALORA yang merupakan platform fesyen dalam
talian turut hadir untuk berkongsi tips lilitan shawl buat kaum hawa di luar
sana. Sebanyak 5 gaya lilitan dikongsi oleh penasihat fesyen dari ZALORA. Oh ye…kalau
korang berminat dengan shawl yang digunakan, ianya boleh dibeli secara atas
talian di laman web ZALORA.
Gaya Pertama
Gaya Kedua
Gaya Ketiga
Gaya Keempat
Hanya 4 gaya je yang Achik sempat rakam. Lagi satu gaya Achik dah ke toilet...hehehehe...Apa-apa pun, gaya lilitan shawl dan tudung ini boleh digayakan sepanjang bulan Syawal ini.
Untuk
makluman korang, ‘Watsons Pink Party’ yang diadakan bertujuan untuk
mempromosikan produk kecantikan terbaru dari Pure Beauty iaitu Pink by Pure Beauty yang merupakan
jenama eksklusif Watsons. Penghasilan produk kecantikan Pink by Pure Beauty ini
menggunakan kombinasi unik PhytoCellTec Alps Rose, Pink Flower Capsule dan
bahan-bahan pemuteh semulajadi yang aktif yang boleh membantu mencerahkan kulit
pemakainya. Selain itu, dah pasti produk Pink by Pure Beauty ini mampu
seimbangkan kelembapan kulit dengan sempurna agar kulit si pemakai kelihatan
lebih cerah dengan warna merah jambu yang sudah semestinya menjadi idaman
setiap wanita muda di luar sana…hehehe..
Rangkaian produk PINK by Pure Beauty
Jadi, macam mana caranya nak dapatkan kulit yang kelihatan ‘pinkish’ dan tampak muda?
Penggunakaan rangkaian produk Pink
by Pure Beauty dengan hanya 3 langkah mampu memberikan kulit lebih bercahaya dan
berseri.
Langkah Pertama:
ESSENCE WATER yang sesuai dipakai
oleh semua jenis kulit boleh memberikan kelembapan pada kulit agar kulit
kelihatan muda dan ‘pinkish’.
Langkah Kedua:
Untuk merawat dan memperbaiki
permukaan kulit, gunakan ‘so glow ESSENCE’ untuk kulit biasa, manakala ‘so
light DEWY LOTION’ to dehydration.
Langkah Akhir:
Bagi tujuan melindungi kulit,
jangan lupa sapukan ‘so smooth PUDDING CREAM’ dan ‘so BLUR CREAM’.
Berminat untuk dapatkan rangkaian
produk PINK by Pure Beauty? Jangan lupa berkunjung ke mana-mana cawangan kedai
Watsons di seluruh Malaysia.
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment