Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kalau sebelum ini banyak jenama minyak gamat dan minyak urut yang Achik pernah dengar berada di pasaran. Dan sesetengahnya memang Achik pernah mencuba. Untuk kali ini, Achik diperkenalkan dengan Minyak Herba Asma Mujarab.
Kalau korang nak tahu, Minyak Herba Asma Mujarab ini telah lama mendapat sambutan yang tinggi di seluruh Malaysia serta di luar negara termasuklah Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India. Minyak herba yang cukup terkenal ini mampu membantu melegakan Batuk dan Lelah serta Asma. Selain itu, ianya boleh menghilangkan masalah kembung perut, sakit perut, luka, terkena api mahu pun digigit binatang berbisa, sakit gigi, tergeliat dan lain-lain penyakit yang dapat dikurangkan dengan izin Allah swt.
Untuk makluman korang, Minyak Herba Asma Mujarab ini memang sangat berkesan digunakan buat mereka yang sedang mengalami masalah batuk dan lelah serta asma. Baru-baru ini anak buah Achik (nama Syauqi) yang berusia 2 tahun dijangkiti batuk dan lelah. Nafas memang berbunyi kuat..Kesian pula Achik dengar..Bila makan terbatuk, terus keluar balik apa yang dimakan beserta lendir. Kalau sikit takpe lagi, tapi banyak..Disebabkan mama Syauqi tengah dalam pantang, jadi Achik tolong bawa Syauqi ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan doktor.
Syauqi yang sangat aktif semasa berada di klinik. Risau dia batuk & muntah sebab keletihan.
Di klinik, Doc dengar sendiri bunyi pernafasan Syauqi. Memang banyak lendir. Doc sarankan untuk masuk gas. Achik ikutkan je sebab nak bagi Syauqi cepat sembuh..Punya meronta-ronta di saat gas di masukkan ke dalam hidung Syauqi..Keesokkan harinya badan Syauqi panas. Sekali lagi Syauqi dibawa ke klinik..Doc kata Syauqi demam..Kebetulan pada hari yang sama juga Achik baru terima bungkusan yang berisi Minyak Herba Asma Mujarab. Malam tu sebelum tidur, Achik sapukan pada dada dan badan Syauqi...Alhamdulillah, dengan izin Allah, esoknya demam Syauqi dah beransur pulih, batuk pun dah takde...
Musim perayaan ni, perut memang mudah kembung...Sama ada disebabkan makan banyak, atau pun makan makanan yang berangin. Alhamdulillah, lepas sapu Minyak Herba Asma Mujarab ni, perut lebih rasa selesa...angin pun turut keluar sama...hehehe...
Minyak Herba ini tidak panas tetapi sedikit berangin. Walau bagaimanapun, ianya tidak memedihkan kulit dan sesuai digunakan pada bayi dan juga orang dewasa.
Disebabkan nama Minyak Herba Asma Mujarab ini sudah cukup terkenal di Malaysia dan luar negara, ada sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Patutlah terdapat sticker hologram dilekatkan pada botol Minyak Herba ini.
Pelekat Hologram yang asli. Pastikan beli yang Asli.!
Peniruan 1: Apa yang korang nampak beza pada kedua-dua botol ini? Yes...seal pada penutup botol minyak ini berlainan warna. Yang Asli sepatutnya berwarna hijau. Walau bagaimanapun, ada juga yang cukup bijak dengan meniru warna seal seakan sama dengan warna yang asli.
Penipuan 2: Warna seal hijau yang sama seperti warna asli. Jadi macam mana nak bezakan yang mana satu Asli dan yang mana satu tiruan? Botol Minyak Herba Asma Mujarab yang Asli tidak menggunakan pelekat hologram yang mempunyai nombor telefon untuk dihubungi. Jadi..perhatikan dengan teliti botol minyak tersebut sebelum korang membuat pembelian.
Walau pun perkongsian telah pun dibuat oleh pemilik sebenar tentang bagaimana ingin mengenali keaslian minyak herba ini, tetap ada yang mudah tertarik dengan minyak herba tiruan kerana harga yang ditawarkan mungkin lebih murah berbanding dengan yang asli...Bukan kata minyak herba sahaja, malah produk-produk lain pun kadang-kadang kita mudah percaya dengan harga murah yang ditawarkan tanpa kepastian sama ada ianya produk asli atau pun tiruan.
Jom Achik kongsikan video cara-cara untuk mengenal Minyak Herba Asma Mujarab yang Asli. Wajib tonton ye untuk menjadi pembeli yang bijak.. !
Harga:
RM39.00 sebotol
Buat korang yang sememangnya ada ahli keluarga yang mempunyai masalah asma, Achik nasihatkan untuk beli sekurang-kurangnya sebotol untuk disimpan di rumah dan dikongsi bersama keluarga. In sha Allah, dengan izin Allah dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Kalau mujarab, boleh beli lagi..
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment