Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Steamboat
BBQ Buffet D’kayangan merupakan restoran berkonsepkan steamboat dan grill yang
tidak asing lagi di sekitar Lembah Klang khususnya di Shah Alam. Beroperasi
seawal tahun 2010 dan sepanjang pengoperasiannya, restoran ini telah melalui
pelbagai proses tranformasi iaitu bermula dengan menyajikan makanan ala
steamboat pada awal penubuhannya. Pada tahun 2013, restoran ini telah membuat
perubahan dengan menambah menu Grill yang kini menjadi pilihan ramai. Bagi
memastikan daya tarikan Steamboat BBQ Buffet D’kayangan lebih menarik dari
restoran-restoran lain, pemilik restoran ini telah memperkenalkan Konsep
terbaru iaitu Berkonsepkan 3 dalam 1
iaitu Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ.
Kami tengah menikmati suasana memanggang skewer dengar dapur arang BBQ
Tambah
menarik lagi, untuk tahun 2016 ini, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan telah
membuat pertambahan kepada menunya iaitu dengan memperkenalkan hidangan skewer yang dimasak menggunakan Dapur Arang BBQ yang disediakan
disetiap meja. Dengan ini, pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman
berbarbeku dengan keluarga dan sahabat handai.
Pengunjung pun rambang mata nak pilih yang mana
Di
awal pembukaannya pada tahun 2010, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan hanya
menyediakan menu grill perapan istimewa ayam / daging, sosej, ketam, ikan dan
sotong. Manakala bagi steamboat pula, pengunjung diberi pilihan sama ada sup
ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka menikmati bersama-sama aneka
makanan laut yang segar.
Makanan laut yang segar dengan perapan yang lazat
Sudah
tentu pilihan makanan laut yang tersedia tidak jauh bezanya dengan restoran lain
yang berkonsepkan steamboat dan grill. Antaranya termasuklah udang besar,
ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi.
Pelbagai jenis bebola yang segar, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut
disediakan untuk pilihan pelanggan. Chef Shahnizam yang bertanggungjawab ke
atas menu-menu di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan telah menyediakan sendiri
pelbagai jenis sos termasuklah Sos Cili Pedas yang sememangnya sedap sebab
Achik dah pun rasa, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam
yang memang superb, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.
Pelbagai jenis sos ilham Chef Shahnizam
Sebelum
ini Achik ada sebut pasal hidangan skewer
iaitu menu baru yang disediakan oleh restoran ini. Untuk makluman semua
pembaca, menu skewer yang mempunyai
pelbagai pilihan ini telah dicipta sendiri oleh Chef Shahnizam yang mempunyai
pengalaman dalam bidang kulinari dan masakan lebih 25 tahun. Achik berani jamin
menu-menu skewer yang Achik nyatakan
di bawah ini akan menjadi pilihan utama pengunjung di restoran ini:
1) Ayam Skewer Berempah
2) Daging Skewer Berempah
3) Daging Skewer Kicap
4) Sotong Skewer Pedas Cilantro
5) Ikan Dory Skewer Berempah
6) Udang Skewer Cilantro Pepper
Dan banyak lagi...!!!! Yang pasti
perapan yang digunakan disesuaikan dengan masakan menggunakan arang Barbeku.
Pelbagai jenis skewer
Jenis-jenis
perapan yang digunakan terdiri daripada campuran Cili Giling, Bawang Putih,
Lada Hitam dan beberapan rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan ;lagi rasa
dan bau perapan tersebut. Kepakaran Chef Shahnizam ini tak dapat disangkal lagi
kerana beliau telah pun menggunakan masakan stail Cina dan India dalam bahan-bahan
perapannya. Penggunaan Dapur Arang Barbeku untuk membakar skewer ini akan menaikkan lagi keharuman rempah ratus yang
digunakan dalam perapan skewer.
Otak-otak dan skewer yang dibakar menggunakan Dapur Arang BBQ
Lihatlah
dapur arang yang digunakan oleh Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan ini. Ianya
tidak memerlukan sebarang minyak mahupun marjerin untuk membakar menjadikan
makanan tersebut lebih sihat dan tidak berminyak tetapi penuh dengan rasa
barbeku arang (smokey taste) dan bau
harum barbeku yang memikat selera. Berita baik juga, korang tak perlu nak
kipas-kipas dapur arang tersebut untuk pastikan bara arang sentiasa ada kerana
arang yang digunakan oleh restoran ini memang berkualiti.
Selain
skewer, Achik turut tertarik dengan
menu baru lain yang turut diperkenalkan pada tahun 2016 ini iaitu Otak-otak, hirisan ikan segar bersama sos
Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap di dalam kertas aluminium dan
kepak Ayam BBQ yang kesemuannya ini
dibakar di atas Dapur Arang BBQ oleh pengunjung sendiri.
Aiskrim dan Icy Moonters ( bawah ) sebagai pencuci mulut
Untuk
tahun 2016 juga, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan turut memperkenalkan Icy Moonster dalam menu pencuci
mulutnya. Antara menu pencuci mulut yang lain termasuklah pelbagai jenis kuih-muih
tempatan, puding, aneka kek, aiskrim yang memang menjadi kegemaran ramai dan
tidak ketinggalan juga Air Batu Campur / Cendol turut disediakan buat
pengunjung.
Buah-buahan dan rojak buah
Yang
berminat nak berkunjung ke sini mesti nak tahu harganya kan...Jangan risau, sejujurnya
Achik rasa harga yang ditawarkan di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan adalah
sangat berbaloi dengan pilihan menu makanan skewer, makanan laut, bebola,
sayur, mee dan macam-macam lagi. Dan yang paling penting ada Kambing Panggang..!!!
Kari Ayam dan Mushroom Soup
Mee goreng, nasi goreng, bihun goreng, kue Teow Goreng yang telah siap dimasak
Sayur-sayuran yang segar dan hijau
Yeah...!!!! Kambing Panggang yang lazat...!!!
Harga:
RM40.20 (termasuk GST) bagi dewasa
RM20.05 (termasuk GST) bagi
kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun.
Dengan
harga yang dinyatakan di atas, amat berbaloi dengan lebih 199 jenis hidangan
yang disajikan buat pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santau, restoran
ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang
di bahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka.
Terdapat
kemudahan seperti surau perempuan dan lelaku yang selesa dan tempat letak
kereta yang luas.
Ruang makan berhawa dingin
Untuk
maklumat lanjut boleh layari:
Twitter:
dkygnsteamboat
Lokasi:
No.
1, Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33M, Seksyen 13, Shah
Alam.
Untuk
tempahan boleh hubungi talian 012-297
1091 / 017-327 7904 / 03-5523 4979
Selamat
mencuba dan menjamu selera.
Jangan lupa hashtag #steamboatshahalam #dkayangansteamboat
Jangan lupa hashtag #steamboatshahalam #dkayangansteamboat
~Achik~
Pic credit to Feeqsays.com
No comments:
Post a Comment