Tuesday, February 23, 2016

Funtasy House Trick Art antara tarikan di Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak dua menjak ni Galeri 3D, Muzium rumah terbalik dan sebagainya tumbuh bak cendawan di negara ini. Boleh dikatakan setiap negeri di Malaysia telah ada Muzium 3D dan rumah terbalik dengan nama yang tersendiri.

Di Ipoh, Perak juga terdapat Muzium 3D dengan diberi nama Funtasy House Trick Art yang terletak di Ipoh Oldtown.



Apa yang menarik di Funtasy House Trick Art ini adalah pekerjanya. Di setiap sudut ruangan dalam muzium 3D ini pasti akan ada pekerja yang menunggu kehadiran pengunjung. Pekerja di Funtasy House Trick Art ini secara sukarela menawarkan khidmat mereka untuk merakamkan gambar setiap pengunjung yang hadir. Jadi, kalau korang datang hanya berdua dan tak tahu nak minta siapa yang ambilkan gambar korang, jangan risau...pekerja di Funtasy House Trick Art ini sudi membantu.


Jemput cuci mata dengan gambar Achik & Anis di Funtasy House Trick Art ...Jangan lupa scroll sampai habis entry untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Funtasy House Trick Art .














Ok...Dah puas tengok gambar-gambar kitorang kat atas? Hehehe...So, bila datang ke Ipoh, jangan lupa singgah di Funtasy House Trick Art yang terletak di 

Alamat:
16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak.

Landmark:
DG One Stop Budget Hotel.

Harga Tiket:
Dewasa (Tanpa MyKad) = RM19.00
Dewasa (MyKad) = RM15.00

Kanak-kanak (4tahun ke atas)
Pelajar
Warga Emas
 = RM15.00

Kanak-kanak bawah umur 4 tahun dan OKU adalah PERCUMA !

Untuk dapatkan maklumat lanjut bolehlah layari http://funtasyhouse.com/ atau Like FB Page Funtasy House Trick Art .

~ Achik ~

No comments:

Post a comment