Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini, 3Bskin telah melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang terdiri daripada pencuci muka, mask, scrub dan lain-lain. Achik telah diberi peluang untuk mencuba sendiri Fruitful Cocktail Basket Enzyme Scrub dari 3Bskin bagi merasai sendiri keberkesanan produk ini kepada kulit muka Achik.
Packaging produk 3Bskin ini sangat lah menarik dan bersesuaian dengan jiwa kaum hawa. Untuk pengetahuan kaum hawa di luar sana, penjagaan kulit muka kita tidak cukup dengan hanya mencuci, sapu penyegar dan pelembap. Sesetengah kulit yang tidak mempunyai masalah mungkin sesuai untuk mengamalkan tabiat penjagaan kulit muka dengan mengamalkan 3 perkara ini. Walau bagaimanapun, sesetengah kulit muka memerlukan scrub bagi menanggalkan kulit-kulit mati dan kotoran pada muka.
Fruitful Cocktail Basket Enzyme Scrub dengan haruman buah-buahan ini dihasil bagi merawat liang roma kulit yang tersumbat, membuat kulit kelihatan sempurna atau pun sinonim dengan perkataan flawless, dan yang paling menarik ialah scrub dari 3Bskin ini dapat membantu menghilangkan kulit-kulit mati pada muka kita.
Cara penggunaan Fruitful Cocktail Basket Enzyme Scrub ini sangatlah mudah. Pastikan kulit dibersih terlebih dahulu dan seterusnya disapu dengan penyegar. Kemudian barulah diratakan scrub 3Bskin ini pada keseluruhan kulit muka kita mengunakan hujung jari.
Kulit muka yang telah diratakan dengan scrub tersebut dibiarkan selama 15 minit atau sehingga kering bagi memastikan khasiat yang terdapat pada scrub ini meresap pada kulit wajah kita. Sambil menunggu tempoh 15 minit tersebut, sambil menikmati kesegaran buah-buahan dari bau haruman yang dikeluarkan oleh Fruitful Cocktail Basket Enzyme Scrub.
Oh ye...kalau korang tergesa-gesa nak kerja masa, mungkin tak perlu apply scrub ni pada kulit. Yela, nak tunggu 15 minit kan...takut nanti disebabkan terkejar-kejar masa, scrub yang disapu pada muka tak sampai 15 minit dah dibersihkan. Belum semput pun khasiat yang ada pada scrub nak menyerap masuk ke dalam kulit wajah, tapi dah dibersihkan. Jadi bila nak gunakan scrub dari 3Bskin ini, ambil lah masa yang terluang dan masa santai anda agar tidak kelam kabut untuk membersihkan scrub tersebut dari kulit.
ok....15 minit yang Achik tunggu dah pun tiba. Macam mana nak tanggalkan scrub tersebut dari kulit muka.? Senang sahaja....
Achik akan sediakan mangkuk kecil yang berisi air yang bersih. Untuk tujuan apa? untuk tujuan bersihkan scrub dari muka Achik la...Mula-mula, Achik akan celupkan jari ke dalam mangkuk berisi air bersih untuk pastikan jari Achik basah. Jari yang basah digosok pada kulit muka dengan perlahan-lahan dengan kaedah pusingan mengikut arah jam. Urutan pada kulit hendaklah dibuat secara perlahan-lahan ye. Sebabnya kalau kulit muka ni disental dengan kasar, kesannya akan menyebabkan kulit lebih cepat kendur. tak nak kan kulit kendur..?? hehe.. jadi...gosokkan dengan perlahan-lahan jari anda pada kulit muka yang telah kering scrub nya. Sambil-sambil gosok tu, korang akan nampak, scrub tersebut akan tanggal sedikit demi sedikit.
Maafkan Achik sebab gambar Achik ni tak berapa jelas untuk tunjuk kat korang scrub yang halus-halus dan tertanggal dari kulit Achik. Pengcahayaan tak cukup masa ni. Tapi tu tak penting. Yang paling penting adalah kesan pada muka anda selepas scrub tersebut dibersihkan sepenuhnya dari kulit muka.
Bagi memastikan scrub tersebut habis ditanggalkan, Achik ratakan muka dengan span yang telah dibasahkan dengan air bersih. Mana lah tahu adalah yang tertinggal kat celah-celah hidung kan...hehehehe...
Ok....tara...inilah hasilnya...Muka nampak lebih cerah...Kulit lebih lembut dan bau harum. Achik suka sangat !!
Untuk pengetahuan korang, Achik telah menggunakan Fruitful Cocktail Basket Enzyme Scrub ini selama 2 minggu, iaitu 2 kali seminggu dan kesan nya sangatlah memuaskan.
Tahniah diucapkan kepada 3Bskin di atas rangkaian produk penjagaan kulit yang superb dan memberi kesan yang menarik pada wajah kita.
Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan rangkaian produk daripada 3Bskin bolehlah layari laman web www.3Bskin.com atau Follow FB & IG di www.facebook.com/3Bskin atau www.instagram.com/3Bskin
~ Achik ~