Friday, January 15, 2016

ROASTERS Eating Day untuk kali kedua tahun ini di Kenny Rogers Roasters TELAH DITUNDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wahhh..buat pertama kalinya Kenny Rogers Roasters akan mengadakan RED event dua kali dalam setahun. Semua sedia maklum bahawa RED event di KRR hanya disambut pada setiap hari rabu minggu kedua dalam bulan Januari pada setiap tahun. 

Walau bagaimanapun, untuk tahun ini, KRR akan kembali lagi dengan ROASTERS Eating Day (RED) untuk kali yang kedua sempena dengan sambutan Tahun Baru. RED event yang telah diadakan pada 13 Januari 2016 yang lepas telah mendapat sambutan yang memuaskan dengan ramai pengunjung yang mengunjungi Restoran KRR bersama barangan / pakaian bewarna merah.

Suasana meriah di Restoran KRR Mid Valley Megamall pada 13 Januari 2016 semasa RED Event

“Menyeru dan menggalakkan orang ramai untuk kekal hidup sihat dengan mengamalkan cara hidup yg sihat merupakan misi utama KRR. Sambutan yang mengalakkan membuatkan pihak kami di KRR berbesar hati mengumumkan RED event untuk kali kedua akan diadakan dalam bulan Januari. Melalui RED event, kami berhasrat untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa makanan yang seimbang adalah tidak mustahil di KRR. Setiap tahun kami amat gembira menyaksikan ramai rakyat Malaysia mengambil berat isu kesihatan mereka dalam masa yang sama turut memberi inspirasi kepada yang lain," kata Esther Woo, Deputy General Manager di Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd.

Muka gembira pelanggan yang membawa pulang 1/2 dozen homemade muffins

"Digelar dengan  RED, warna merah melambangkan semangat, kesejahteraan, kegembiraan dan tenaga di kalangan semua. Oleh itu, kami mendapati ianya sesuai untuk mempunyai ramai orang datang bersama-sama pada permulaan tahun baru bagi menyokong RED event ini yang penuh bermakna yang berfungsi untuk memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengekalkan resolusi kehidupan yang sihat setiap tahun" tambah Esther Woo lagi.

1/2 dozen KRR home-made muffin yang ditawarkan untuk pelanggan yang memeriahkan RED event. diberi percuma untuk bawa pulang dengan setiap pembelian Red Hot Meal.

Jadi, buat yang terlepas RED event pada 13 Januari 2016, boleh lah rebut peluang untuk ke Restoran KRR pada RED event kali kedua nanti yang akan berlangsung pada 28 Januari 2016, Khamis di seluruh Restoran Kenny Rogers ROASTERS di seluruh Malaysia. Untuk RED event kali ini, KRR menawarkan tawaran yang lebih menarik iaitu, percuma satu ( 1 ) Red Hot Meal dengan setiap pembeli satu (1) hidangan Red Hot Meal.

Untuk maklumat lanjut serta kekal hidup sihat, jom sama-sama layari FB KRR di www.facebook.com/KRRMalaysia / layari laman web www.krr.com.my / hubungi talian 03-2119 9888.

~ Achik ~


Dukacita dimaklumkan bahawa RED EVENT untuk kali kedua dalam tahun ini seperti yang diwar-warkan sebelum ini telah DITUNDA ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

*Kemaskini terakhir pada 27 Januari 2016 ( Rabu )

No comments:

Post a Comment