Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersempena dengan Tahun Baru Cina pada bulan Februari ini, Sunway Pyramid telah membawakan BountiFu Spring Celebration bersama dengan Po the Panda di Po Village Sunway Pyramid. Po merupakan watak panda yang popular dalam Filem Kungfu Panda yang mencari kampungnya untuk meraikan Tahun baru Lunar. Pihak Sunway Pyramid telah mendekorasikan ruang di LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid dengan perkampungan Po seperti dalam Filem Kungfu Panda 3 yang akan ditayangkan di semua pawagam di seluruh Malaysia pada 10 Mac 2016 ini yang mengisahkan Po dapat bersatu semula dengan keluarganya di Panda Village.
Sama seperti filem, Bountiful Spring Lunar Tahun Baru di Pusat Membeli Belah tersebut sama seperti dengan perkampungan Panda yang terletak di tengah-tengah gunung, di mana sebuah kuil Cina terletak, dikelilingi oleh pokok-pokok bunga sakura.
Sejak dua minggu lepas, Po telah pun berada di Kuala Lumpur City Centre, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam sejak minggu terakhir bulan Disember 2015. Po sempat singgah di KL Tower, Zoo Negara, KL Bird Park, SS2 night market dan Kota Kemuning Park.
Po di Putrajaya
Po di KL Tower
Po di Zoo Negara
Pada 12 Januari 2016, Po, panda yang besar ini telah meluangkan masa pada hujung minggu untuk beramah mesra di Sunway Pyramid. Parti untuk meraikan Po ini telah dimeriahkan dengan 38 orang kanak-kanak yang berpakaian costume panda menari dan membuat aksi-aksi seperti Po dalam filem Kungfu Panda.
38 orang kanak-kanak yang mengambil bahagian.
Acara pada hari tersebut turut dimeriahkan dengan sesi "lou sang dengan tetamu jemputan. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah dough-doll making, fortune telling, calligraphy, cabut bertuah dan dah tentu ada lion dance.
Pemenang cabutan bertuah. Picture credit to Sumway Pyramid
Sepanjang BountiFu Spring Celebration berlangsung di Sunway Pyramid, pihak Sunway Pyramid turut menyediakan photo booth untuk pada pengunjung bagi merakamkan gambar dengan Po sekeluarga dan gambar tersebut dicetak serta untuk sebagai cenderamata. Bagi mereka yang menggemarkan makanan tradisi cina seperti Beard Candy dan Ting-Ting Candy, ianya turut dijual di Panda Village Sunway Pyramid.
Mr. Loo Hoey Theen, Senior Manager of Marketing di Sunway Pyramid dalam ucapannya berkata Sunway Pyramid merupakan tempat yang terkenal dan sedia maklum di kalangan pengunjung sebagai tempat untuk dikunjungi bagi memenuhi keperluan perayaan, tempat keluarga berkumpul serta tempat untuk habiskan masa kualiti bersama keluarga tercinta. Membeli belah pada musim perayaan sememangnya suasana lebih sibuk dan sesak dengan para pengunjung yang ramai. Ada yang datang untuk membuat survey, dan ada yang membeli secara pukal. Walau bagaimanapun, Mr. Loo Hoey Theen menasihatkan agar pengunjung Sunway Pyramid membeli belah dan membuat persiapan dengan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan / kesulitan semasa membeli belah pada saat-saat akhir.
Picture credit to Sumway Pyramid
Dengan kemudahaan lebih 900 kedai yang ada, Sunway Pyramid merupakan tempat pilihan terbaik untuk membuat persiapan bagi perayaan dan untuk makan. Tahun 2016 merupakan tahun Fire Monkey dan Sunway Pyramid akan menghadiahkan anak patung monyet yang comel seperti dalam gambar di atas untuk pengunjung yang berbelanja lebih daripada RM1,000 yang mana amaunnya boleh dikumpul maksimum 3 resit. Walau bagaimanapun, pemegang kad HSBC layak untuk menuntut hadiah patung monyet tersebut hanya dengan berbelanja sebanyak RM800. Tawaran ini hanya sah bermula dari 08 Januari 2016 hingga 21 Januari 2016 sahaja.
Manakala bermula dari 22 Januari 2016 hingga 09 Februari 2016, mereka yang berbelanja seperti amaun yang dinyatakan di atas akan menerima mini Panda Blankie untuk dibawa pulang. Walau bagaimana pun, sepanjang tempoh 08 Januari 2016 hingga 09 Februari 2016, mereka yang berbelanja lebih RM250 ( RM150 untuk pemegang kad HSBC ) akan dapat JoyFU peket angpow untuk digunakan semasa Sambutan Tahun Baru Cina nanti.
Picture credit to Sumway Pyramid
Pelbagai acara akan diadakan sepanjang tempoh BountiFu Spring Celebration ini. Boleh lah rujuk gambar di bawah untuk ketahui bila Po akan muncul lagi di Sunway Pyramid.
Picture credit to Sumway Pyramid
Muka happy Achik dapat peluk Po...hehehe
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Panda Village di Sunway Pyramid sepanjang tempoh BountiFu Spring Celebration ini. Tak rugi ...terasa seperti anda berada di perkampungan cina dalam Filem Kungfu Panda.
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari www.sunwaypyramid.com atau FB , www.facebook.com/sunwaypyramid
~ Achik ~
dapat jugak ko peluk PO yaa hahahah
ReplyDeletekolin zainal
hahahahhaa...kannnn...
Deleteyang penting burung tetap ditangan