Friday, September 04, 2015

Kuala Lumpur International Comedy Festival (KLIC Fest'2015)

Assalamualaikum and Hi All..!!!!

Buat semua peminat komedi di Malaysia, berita baik buat anda semua..!!! Satu Festival Komedi Antarabangsa akan diadakan pada minggu hadapan bermula pada 16 September 2015 hingga 23 September 2015.


The Kuala Lumpur Internatinal Comedy Festival ( KLIC FEST'2015 ) ini diilhamkan oleh pelawak tersohor negara, Harith Iskander, yang turut dikenali sebagai 'Godfather of Malaysian Comedy . Harith Iskander juga merupakan pengasas serta pengarah KLICFest.


KLICFest mensasarkan penglibatan 20.000 orang peminat, lebih daripada 60 komik terbaik di dunia, 14 negara yang berbeza, 8 hari yang penuh gelak ketawa dan 5 lokasi persembahan yang berbeza. Ianya menjadikan KLICFest sebagai acara komedi terbesar di Asia.

KLICFest yang gilang gemilang ini akan melibatkan persembahan yang menggunakan pelbagai jenis elemen komedi, termasuklah lakaran, sindiran, muzik, improv comedy seperti pelawak ahli silap mata dan pelawak hipnotisme.

All the funny festivities will culminate in a mammoth performance of the festival’s top comedians on the 20th of September 2015 known as Harith Iskander’s ‘To Know Malaysia is to LAUGH MALAYSIA’ Gala Night at The Manhattan Ballroom, Berjaya Hotel .


"Peminat Komedi di Malaysia sentiasa baik dan murah hati dalam memberi sokongan mereka dan ia adalah kerana stand-up komedi telah berkembang di Malaysia. Dengan adanya festival komedi antarabangsa, ianya adalah langkah yang logik dalam pertumbuhan adegan komedi di Malaysia. Secara tidak langsung, ia adalah satu cara memberi ganjaran kepada peminat dengan sesuatu yang menakjubkan." - Harith Iskander

KLICFest adalah yang pertama serta terbesar di Malaysia. Menurut Harith Iskander, pasukan mereka telah bekerja keras untuk melakukannya dengan betul. Semua orang serba maklum berkaitan Edinburgh Comedy Festival , Melbourne International Comedy Festival dan Montreal's 'Just For Laughs',  merupakan tiga festival komedi yang terbesar dan paling berprestij. Harith berharap KLICFest akan menjadi satu langkah ke arah menjadikan Kuala Lumpur tersenarai dalam kumpulan bandar elit iaitu Edinburgh, Melbourne, Montreal, KL


Jangkauan KLICFest sangat luas dan jauh ke hadapan. Festival ini bukan sahaja menggabungkan pelawak-pelawak terbaik dari rantau ini, malah turut melibatkan pelawak-pelawak dari negara Hong Kong, Singapura, Filipina, India serta pelawak yang paling terkenal di seluruh dunia. Antara pelawak antarabangsa yang akan mengambil bahagian ialah the explosively funny GINA YASHERE (UK), perennial favourite PAUL OGATA (USA), comedic magician extraordinaire JARRED FELL (NZ), comedy ensemle ONGALS (KOREA) dan banyak lagi.




Dr. Jezamine Lim, merupakan KLICFest fellow Festival Producer turut menyatakan bahawa semua peminat komedi dari seluruh peringkat umur mempunyai peluang untuk melarikan diri dari tekanan dan masalah dengan menyaksikan pelawak yang diminati mereka membuat persembahan. Dengan menghadiri KLICFest juga, peminat komedi dapat menikmati pengalaman ikatan sosial yang penuh keseronokan bersama keluarga tersayang selama seminggu berlangsungnya KLICFest. Kanak-kanak akan berseronok gelak ketawa, ibu bapa akan suka melihat anak-anak mereka ketawa dan yang paling penting sekiranya pasangan temujanji anda gembira, anda boleh berasa yakin bahawa temujanji tersebut adalah terbaik .!


KLICFest adalah salah satu inisiatif di bawah DiverseCity 2015's Kuala Lumpur International Arts Festival. Ia bertujuan mempamerkan pelbagai bakat dan budaya dari seluruh rantau ini dan menjadikannya salah satu daripada acara kebudayaan terbesar di Malaysia sejajar dengan Tourism Malaysia's Year of Festivals 2015.

KLICFest mempunyai matlamat untuk mewujudkan satu platform yang lebih masa pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam bidang Komedi di Malaysia.



Antara pelawak-pelawak yang akan membuat persembahan sepanjang KLICFest.


Seperti yang telah Achik maklumkan sebentar tadi, lokasi KLICFest berlangsung adalah di lokasi yang berbeza-beza. ada di The Bee, ada di Black Box, ada di White Box, ada di Crackhouse Comedy Club dan ada yang diadakan di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square.


Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Kuala Lumpur International Comedy Festival 2015 termasuk lokasi dan jadual persebembahan bolehlah layari laman web dan akaun FB rasmi di bawah:

Official FB : KLICFest2015
Laman web rasmi : KLICFest

Tunggu apa lagi, jom dapat kan tiket anda sekarang di


The Biggest and the Funniest Ever in Asia
The Kuala Lumpur International Comedy Festival showcasing the world’s best comedic talents in a first-of-its-kind festival in Malaysia



~ Achik ~






Tuesday, September 01, 2015

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 di Presint 3 Putrajaya

Assalamualaikum.

Sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini, pelbagai program dan aktiviti yang akan diadakan di Putrajaya. Antaranya adalah Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015.



KUD 2015 ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Sept 2015 - 6 Sept 2015
Tempat : Presint 3, Putrajaya
Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam



Apa yang anda semua tahu tentang KUD ?

KUD merupakan projek di bawah program pemasaran untuk memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran yang akan dapat memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar melalui gabungan pelbagai strategi pemasaran dalam satu program.

KUD memberi tumpuan utama terhadap aktiviti-aktiviti mencipta peluang pasaran seperti pemadanan perniagaan, mempelbagaikan jaringan perniagaan di samping meningkatkan semangat daya saing di antara usahawan melalui prinsip promosi, produk, penempatan dan penetapan harga berteraskan konsep pemasaran 4P (Kotler’s Marketing Mix). Ia akan dapat mencipta peluang untuk produk/ perkhidmatan luar bandar meneroka potensi pasaran.

Objektif KUD ?
  • memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran serta memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar;
  • meneroka dan meluaskan peluang pasaran baru dan lebih besar dengan pengurusan pemasaran secara sistematik; dan
  • meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk/perkhidmatan luar bandar



Pelbagai tapak pameran, jualan dan juga aktiviti disediakan untuk semua pengunjung KUD bermula pada esok hari 2 September 2015 sehingga 6 September ini.

Walaupun objektif KUD adalah untuk mempromosikan usahawan desa, namun aktiviti dan program yang dirancang sepanjang tempoh KUD adalah bersesuaian untuk setiap generasi masyarakat.

Bermacam-macam pertandingan serta sukaneka yang disediakan untuk disertai oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Ramai artis, personaliti tv serta dj radio akan turut serta dalam KUD 2015.

Didie Alias



Dj Lin dari Suria FM



Yana Samsudin


Fasha Sandha pun ada


Sherry Alhadad


Kalau anda semua perasan, kebanyakan artis yang mengambil bahagian adalah mereka yang mempunyai perniagaan brand sendiri tak kira lah sama ada makanan, kuih muih, fesyen wanita dan sebagainya. Artis-artis ini percaya KUD 2015 merupakan platform terbaik untuk mempromosikan jenama sendiri sebagai langkah untuk mengembangkan perniagaan mereka dari semasa ke semasa.


*****

Lagi cerita tentang KUD 2015, ianya akan melibatkan seramai 729 usahawan mikro dan PKS yang menjalankan perniagaan / perusahaan daripada pelbagai kategori seperti makanan dan minuman, produk berasaskan pertanian dan penternakan, kraftangan dan seni halus, kesihatan dan kecantikan, produk organik, pelancongan, perkhidmatan, perladangan dan peruncitan. Fuhhhhh...banyak sangat ..!!!

Apa tunggu lagi. Jom Follow KUD 2015 di Facebook, Instagram dan Twitter untuk dapatkan maklumat terkini berkaitan KUD 2015. Yang paling best, korang boleh dapat update terkini berkaitan pertandingan yang diadakan sebanyak KUD 2015. Antaranya selfie atau wefie dengan apa-apa sahaja berkonsepkan KUD 2015. Banyak hadiah yang menanti semua pengunjung KUD 2015 minggu ini.



Instagram : KUD_2015
Twitter : KUD2015

Yang paling penting, jangan lupa layari laman web rasmi KUD 2015 kerana anda boleh dapatkan banyak maklumat berkaitan pameran, aktiviti, pertandingan sepanjang KUD 2015

Laman web rasmi :KUD


*****

Mari kita semua ramai-ramai memeriahkan KUD 2015 khususnya penduduk di Putrajaya. Achik pun akan berada di KUD 2015 kerana pejabat Achik dengan tapak KUD 2015 tak jauh pun..walking distances je.

Untuk yang berhajat ingin pergi ke KUD 2015, anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan shuttle bas percuma yang disediakan sepanjang tempoh berlangsung KUD 2015. Mohon rujuk gambar di bawah bagi mengetahui laluan yang berkaitan untuk mendapatkan perkhidmatan shuttle bas percuma tersebut.



KUD 2015 akan bermula ESOK..!!!!!



~ Achik ~

Credit photos & info : www.kud.my

Monday, August 31, 2015

Alive 3D Art Gallery Port Dickson

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua readers...

Jumaat lepas Achik sempat ke Alive 3D Art Gallery yang terletak di Lukut, Port Dickson. Kebetulan Achik ambil cuti rehat dengan niat memang saja nak jalan-jalan hiburkan hati yang lara..hahahaha...


Achik pasti ramai yang tak tahu tentang kewujudan Alive 3D Art Gallery di Port Dickson. Bila Achik berkongsi dengan kawan-kawan Achik, ramai yang bertanya di mana lokasi Gallery ini.

Kalau sebelum ini kewujudan Gallery 3D ini hanya terdapat dibeberapa kawasan sahaja. Namun, sejak 2 menjak ini banyak dah Gallery 3D yang dibuka. Dan yang Achik pasti lokasi yang paling dekat dengan Achik adalah di Port Dickson.

Kalau hendak ke Lukut atau pun Port Dickson, Achik lebih suka gunakan jalan dalam melalui kawasan Salak Tinggi. Sebab nya nanti memang terus tembus dekat Lukut.


Untuk entrance fee Alive 3D Art Gallery Port Dickson seperti berikut:

                         Dewasa            : RM25.00 ( tanpa MyKad )
                                                    RM20.00 ( dengan MyKad )

                         Kanak-Kanak : RM20.00 ( tanpa MyKid )
                                                    RM15.00 ( dengan MyKid )

                         *kanak-kanak yang ketinggian kurang daripada 90cm masuk 
                           PERCUMA !

                          Senior Citizen ( umur 60 tahun & ke atas )
                                                  : RM20.00 ( tanpa MyKad )
                                                    RM15.00 ( dengan MyKad )

                          OKU               : RM20.00 ( tanpa MyKad )
                                                    RM15.00 ( dengan MyKad )


*****

Pendapat Achik, entrance fees ni untuk dewasa dah ok. Tapi untuk kanak-kanak mungkin sepatutnya kena ikut usia. Mungkin kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas yang dikenakan bayaran. Kenapa ? sebab budak-budak kecik bila masuk sini, alahai...yang dewasa beriya nak bergambar, tapi budak-budak dah penat. hahahah...



Bila yang kanak-kanak lebih besar dari dewasa.



Achik sedang gigih mendaki bukit...hahahaha...


Amacam...korang rasa sakit tak celah kangkang tu kalau buat macam ni..kikikikiki





Mood budak-budak masih ok lagi nak bergambar...Rela hati buat gaya sendiri..






Tengoklah...yang beriya bergambar sudah tentu lah orang dewasa..hihihihi



Dah nampak real..sekali tengok kaki budak-budak ni dah terpijak lebih dari tebing tu..hihi



Masa ni mood budak-budak dah swing. yela...kena arah2kan oleh kita yang dewasa supaya gambar yang diambil nampak real..hahahaha


Lagi gambar Achik dengan budak-budak yang masih ok mood dorang sebab baru sampai lagi time ni. rasa penat tu takde lagi



Dia pun nak jadi panda bear. gambar yang diambil dalam posisi sedang meniarap..





Oh ye, dalam gallery ni memang ada cameraman standby. Korang memang boleh guna kamera sendiri tapi if nak ada gambar kenang-kenangan yang memang dah siap print, boleh lah mintak cameraman tu ambil kan gambar korang,


Penghujung laluan keluar dari gambar-gambar 3D ni, memang kena lalu kedai cenderamata. Macam-macam dijual disini untuk dijadikan kenang-kenangan. 


Kiosk makanan pun ada disediakan. Jujur Achik cakap, kitorang mengambil masa lebih 2 jam duduk dalam gallery ni untuk bergambar. hahaha....sampaikan haus tekak dibuatnya.


ok..untuk korang dapatkan maklumat lanjut mengenai Alive 3D Art Gallery Port Dickson ni, korang boleh layari FB rasmi di https://www.facebook.com/alive3dartgallery.

Alive 3D Art Gallery Port Dickson terletak di alamat:

No. 38-40, Jalan 2/1,
Bandar Dataran Segar
Lukut, Port Dickson

Landmark : korang nampak Giant Hypermarket Lukut, masuk simpang tu. Alive 3D Art Gallery Port Dickson terletak sebaris dengan Old Town White Coffee.

*****

Lepas ni Achik nak explore muzium terbalik di Port Dickson. dengar cerita dekat Port Dickson pun dah ada Muzium terbalik macam di Sabah.


~ Achik ~