Saturday, December 10, 2016

Pertama Kali Achik ke MAHA : MAHA 2016 Sangat Best !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kalau korang semua nak tahu, sejak MAHA diadakan, inilah pertama kali Achik menjejakkan kaki ke tapak MAHA..yes, MAHA 2016..!! Tertarik dengan perkongsian gambar dan info menarik yang dikongsi oleh rakan-rakan Achik, buat diri ini terpanggil untuk sama-sama memberi sokongan kepada MAHA 2016. Penganjuran MAHA ni merupakan program dwi tahunan Ministry of Agriculture (MOA). Memandangkan sambutan yang sangat memberangsangkan, MOA sedang mempertimbangkan untuk menjadikan MAHA acara tahunan mereka 

10 Disember 2016 (Sabtu), Achik dengan jayanya telah menjejakkan kaki di tapak MAHA 2016 bersama rakan-rakan Blogger yang lain. Walau kesuntukan masa untuk explore setiap pelusuk laman yang ada di MAHA 2016, Achik tetap berpuas hati kerana dapat mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan pertanian, peladangan, penternakan dan perikanan.

Jom Achik kongsikan pada korang tempat-tempat yang Achik sempat lawati di MAHA 2016 yang boleh dijadikan panduan buat korang yang akan berkunjung ke MAHA 2016 pada hari terakhir, 11 Disember 2016...


NAFAS CUBE @mardi

Nafas Cube merupakan Homestay berkonsepkan kontena, tube dan khemah. Struktur dan landskap di Nafas Cube ni sangat cantik. Ianya dibina sempena MAHA 2016 dan akan kekal di situ untuk disewa walau pun MAHA 2016 telah melabuhkan tirai pada 11 Disember 2016.



Ada pelbagai jenis bilik yang boleh disewa..yang paling Achik suka adalah bilik VIP yang dibuat dalam kontena...Bilik VIP ni terletak di tingkat atas dan pemandangan persekitaran Nafas Cube dari tingkat atas ni sangat menarik..

Bilik VIP, kontena berwarna Oren

Bilik khemah



Ini lah rupa dalam Bilik VIP di NAFAS CUBE


Nafas Cube juga menyediakan Cafe bersebelahan dengan homestay. Jadi, kalau bermalam di sini, jangan lupa sarapan pagi di Cafe Nafas Cube. Pelbagai makanan dan minuman disediakan untuk para pengunjung. Air mentol yang berwarna-warni pun boleh didapati di sini.



Sempat bersarapan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek


Laman Perikanan

Meneruskan langkah ke Laman Perikanan, tempat pertama yang diterjah adalah Tuna in the House...pastikan korang rasa satay tuna di sini. Sedap tau !



Nama pun Laman Perikanan, sudah tentu pelbagai jenis spesis ikan dipamerkan di sini. Turut dipamerkan adalah Ikan Termahal...Tak sangka Achik ada juga yang sanggup keluar duit untuk makan ikan mahal-mahal. Ikan paling mahal yang dipamerkan di sini adalah Ikan Empurau, dijual pada harga RM1,800/kg !!


Kingdom of Sharks juga turut dibina di Laman Perikanan bertujuan untuk memupuk kesedaran manusia dalam kempen Say No to Sharkfin.



Laman Padi

Pitstop Achik seterusnya adalah di Laman Padi. Padi sangat sinonim dengan negeri Kedah. Tapi kalau korang nak tahu, padi bukan ditanam di negeri Kedah sahaja, malah sawah padi turut terdapat di Melaka, Selangor dan Perak.



Industri penanaman padi ni dah semakin maju. Malah agensi-agensi yang terlibat telah pun menggunakan teknologi canggih dalam proses penanaman padi dan pemprosesan beras. Kat sini nanti bolehlah korang pelajari lebih lanjut lagi tentang padi dan beras.


Kenali jenis beras di sini

Banyak aktiviti diadakan di kawasan bendang. Antaranya perlawanan bola sepak dalam kawasan bendang..Menarik tau untuk ditontoni..bukan permainan yang mudah bila korang kena berlari dalam selut yang berat. Nak bangun dari selut tu pun macam seksa..Tapi inilah hakikat kehidupan anak-anak kelahiran sawah bendang..Mereka membesar dengan aktiviti seperti ini.


Pengunjung berpeluang untuk buat bedak sejuk di Laman Padi


Pineapple Planet

Rupa-rupanya nanas ni ada pelagai jenis.. Yang Achik selalu nampak adalah Nanas Morris. Nanas Morris ni memang senang nk jumpa di pasaraya terkemuka atau pun yang jual ditepi jalan. Disebabkan selalu sangat jumpa Nanas Morris, jadi Achik ingat semua nanas yang Achik pernah makan sebelum ni adalah nanas jenis Morris...hahahaha..begitulah jadinya kalau cetek ilmu berkaitan pertanian.


Kalo korang nak tahu, nanas ada pelbagai jenis. Selain Morris, ada Nanas Gandul, Nanas Josapine, Nanas Sarawak, dan Nanas MD2. Sebenarnya Nanas MD2 ni yang sesuai untuk makan dan dijadikan minuman. Ianya tidak tajam, dan lidah korang takde la rasa macam luka-luka.

Evolusi Nanas


Kat Laman Nanas ni juga korang berpeluang untuk rasa Jus Bob Nanas. Dijual dengan harga RM5 sebotol. Perghhh...jus nya memang asli nanas yang sedap !



Laman Armada Jentera

Dah puas minum Jus Bob Nanas, Achik meneruskan pengembaraan di MAHA 2016 dengan berkunjung ke Laman Armada Jentera. Tertarik betul Achik dengan jentera-jentera yang dipamerkan. Ada jenteranya seperti watak dalam filem kartun Carz..hahaha..



Para pengunjung juga diberi peluang untuk menaiki Monoride pada kadar yang rendah. Kalau korang nak tahu, Monoride ni digunakan oleh petani untuk bercucuk tanam di kawasan lereng-lereng bukit.

Achik suka Strawberry

Jus Jagung Klebang ni pun sedap !

Korang juga boleh dapatkan produk-produk makanan keluaran Peladang di Laman Armada Jentera.


Laman Veterinar

Hehehe..inilah laman yang Achik tunggu-tunggukan. Tak sabar nak tengok betapa sadonya lembu yang dipamerkan di sini. Kalau korang nak tahu Lembu Sado ni besar bukannya gemuk lemak, tetapi ianya adalah daging. Penternakan Lembu Sado ni sangat terkenal di Kelantan.


Memandangkan Achik ada darah pencinta haiwan, jadi Achik sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan Lembu Sado. Petugas veterinar turut berkongsi info tentang proses persenyawaan Lembu Sado. Sesuatu yang menarik untuk korang ketahui, air mani lembu sado jantan yang dikeluarkan boleh dibekalkan kepada 300 straw yang akan dimasukkan ke dalam rahim 300 lembu sado betina..Bunyi macam lucah, tapi kalau korang nak faham dengan lebih lanjut lagi, apa kata korang singgah di Laman Veterinar pada hari terakhir MAHA 2016, 11 Disember 2016.



Laman Sayur

Zaman sekarang ni agak sukar untuk memiliki rumah atas tanah. Selalunya mereka yang tinggal ni kondominium, apartment mahupun flat akan menggunakan alasan tiada tanah untuk bercucuk tanam. Ni Achik nak beritahu korang, dekat Laman Sayur ni turut dipamerkan tanaman yang sesuai ditanam di balkoni. Jadi alang-alang rumah korang dh tinggi, apa kata bercucuk tanam di balkoni..Jadi tak perlulah turun ke kedai untuk membeli sayur kalau korang boleh tanam sayur sendiri di balkoni rumah...Bijak kan..





Di sini juga ada sarang madu kelulut. Achik berpeluang untuk sedut madu kelulut direct dari kantung madu kelulut terus masuk ke dalam mulut..hahaha..Cuak juga dengan lebah madu kelulut yang berterbangan.

Sarang Madu Kelulut



Rythem of The Farmers

Tapak konsert sempena MAHA 2016. Malam tadi giliran Dato’ Ramli Sarip menghiburkan peminat.


Tapak Rythem of the Farmers ini sebenarnya adalah padang ragut. Sekiranya tiada apa-apa program diadakan, kuda akan dilepaskan untuk meragut rumput-rumput di situ.


Perkampungan Durian Runtuh (Upin Ipin)

Sudah pasti ini adalah tarikan utama MAHA 2016. Upin Ipin sangat sinonim dengan kanak-kanak. Menjadikan watak Upin Ipin sebagai duta untuk mempromosikan MAHA 2016 adalah langkah yang bijak untuk tarik crowd..


Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa seperti Achik pun meminati Upin Ipin ni. Sebaik je melangkah masuk ke dalam Perkampungan Durian Runtuh, wahhhh...cantiknya hiasan kat dalam ni. Ada visual 3D Upin Ipin turut dipamerkan. Malah ibu bapa dan anak-anak boleh mengambil peluang untuk beristirehat dalam kawasan Perkampungan Durian Runtuh.


Setiap pengunjung yang masuk ke sini akan dibekalkan dengan pasu kecil. Pasu kecil ini akan diisi dengan tanah dan kemudiannya pengunjung boleh memilih benih apa yang hendak ditanam dalam pasu tersebut. Oh ye, korang jangan lupa tanya pada petugas di situ macam mana cara untuk pastikan benih yang korang tanam tu hidup dan membesar. Hehehe..

Achik pilih pokok bunga raya...agak2 boleh hidup tak?


Persembahan pentas Upin Ipin dan Rakan-rakan juga turut diadakan pada waktu yang telah ditetapkan. Memang full house ok!



Empayar Makanan (Food Empire)

Yeeehaaaaa....kalau perut tu dah lapar, kenalah pandai-pandai cari gerai makan. Di MAHA 2016 bersepah kedai makan..so perut korang tu tak kan berada dalam mode kelaparan...hehehe..

Fakta yang perlu korang tahu, Empayar Makanan ni menyediakan lebih 168 sajian makanan dari seluruh pelusuk Malaysia. Ruang tempat makan juga luas dan sangat selesa.

Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak...Sedap ok..ikannya besar !

Ketupat Sotong

Antara Gerai Makan yang ada di Empayar Makanan

Actually, banyak lagi tempat yang Achik tak sempat nak explore. Masa berlalu sangat pantas dan rasanya sehari di MAHA 2016 memang tidak cukup..

Memandangkan MAHA 2016 akan melabuhkan tirai pada hari Ahad 11 Disember 2016, Achik berhajat nak ke MAHA 2016 untuk singgah di DOME  #IATbazaar..Iaitu ruang jualan bagi produk-produk Industri Asas Tani..

So, kalau korang yang belum ke MAHA 2016, jangan lepaskan peluang. Banyak produk-produk industri kecil, pertanian, perikanan, peladangan dan sebagainya untuk korang dapatkan. Sudah pasti, harga yang ditawarkan pada harga promosi.

Jagung Mr. Roscorn...sedap !

Aiskrim Melon pun sedap !

Bagi mereka yang suka bercucuk tanam, MAHA 2016 adalah tempat terbaik untuk dapatkan apa-apa benih pokok untuk di bawa pulang. Jangan risau kalau tak cukup tangan nak pikul. Khidmat penghantaran anak-anak pokok ke kereta turut disediakan.

Pastikan korang datang awal pagi. Waktu terbaik, elok lepas solat subuh tu terus bertolak ke MAHA 2016. Memandangkan cuti umum yang panjang, hari terakhir MAHA 2016 akan diserang oleh lawatan manusia..

Jumpa korang semua di MAHA 2016 !

~ Achik ~



Friday, December 09, 2016

Kempen Anlene 'Move As Young As You Feel Inside' Menampilkan SINARAN BARU Sheila Majid

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Siapa di sini yang gemarkan susu, especially susu Anlene..? Bila bercakap tentang susu Anlene, mesti ramai yang akan kata susu Anlene ni lebih sinonim dengan mereka yang telah berusia. Actually tanggapan korang tu salah. Dato’ Sheila Majid sebagai contohnya telah lama mengamalkan minum susu Anlene ni pada setiap hari. Malah sebelum bermulanya konsert atau apa-apa program, Sheila Majid lebih suka mengambil susu atau yogurt Anlene untuk alas perut. Kata Sheila, kalau makan makanan yang berat, dikhuatiri prestasi Sheila di konsert kurang memuaskan..

mereka seperti adik-beradik kan..? Sheila bersama anak perempuannya, Kayda

Baru-baru ini, Anlene telah melancarkan kempen ‘Move As Young As You Feel Inside’. Selari dengan kempen tersebut, serta penampilan Sheila Majid yang masih tampil aktif, Anlene dengan berbesar hati telah melancarkan semula lagu Sheila yang pernah hits suatu ketika dulu iaitu lagu Sinaran. Sedikit kelainan telah dibuat pada lagu Sinaran ini. Ianya berkonsepkan ‘funk-pop’ dan ditambah dengan elemen cameo rap yang turut melibatkan anak perempuan Sheila, iaitu Kayda.


Pemilihan Sheila Majid dalam kempen ini bagi tujuan mempromosikan susu Anlene yang diformulasikan dengan Anlene Movemax yang ditambah dengan kolagen sebagai tambahan kepada Kalsium, Protein dan nutrisi yang lain. Pihak Fonterra percaya dengan formulasi baru Anlene Movemax ini secara tidak langsung dapat memelihara tulang, sendi dan otot bagi menyokong setiap pergerakan.


Sheila yang kini sudah berusia 50an, telah dilantik sebagai duta kepada kempen ‘Move Young’ bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif. Achik sendiri berasa kagum dengan penampilan Sheila yang kelihatan muda remaja walau pun sudah berusia 50an. Malah, Sheila juga sangat energetik dan aktif dalam menyanyikan lagu Sinaran berkonsep funk-pop secara live bersama-sama anak perempuannya, Kayda.



persembahan secara Live, Sheila dan Kayda menyanyikan lagu Sinaran Baru

Sheila juga tidak lokek berkongsi rahsia dan tips untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Semuanya bermula dari rumah. Sebagai seorang ibu, Sheila sangat menitikberatkan kualiti makanan yang dihidangkan pada keluarganya. Malah, Sheila suka melibatkan anak-anaknya untuk bersenam bersama-sama daripada duduk di rumah baring sambil menonton televisyen.



Tahun ini merupakan tahun ke-30 kerjaya seni Sheila. Pelancaran semula lagu Sinaran sememangnya amat bermakna dalam karier seni Sheila kerana beliau juga berpeluang untuk menggunakan pengaruhnya bagi menggalakkan orang ramai di luar sana mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Pengambilan susu Anlene pada usia remaja sedikit sebanyak dapat membantu pembekalan kalsium pada tulang kita. Jadi, janganlah tunggu sehingga umur dah mencecah usia 40an baru nak minum susu ya. Pada masa itu mungkin sudah terlambat kerana penjagaan tulang tidak diamalkan lebih awal lagi.

Oh ye, lagu dan muzik video Sinaran versi funk-pop ini akan mula ditayangkan di TV dan pelbagai saluran lain juga.

“Dengan pelancaran semula lagu Sinaran, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk kekalkan keremajaan mereka dengan gaya hidup sihat dan aktif. Sheila Majid mampu memberi inspirasi kepada semua kerana beliau mengamalkan gaya hidup yang aktif dan menitikberatkan pengambilan nutrisi yang tepat antaranya Anlene,” Mr Jose Miquel Porraz Lando, Managing Director of Fonterra Brands Malaysia.

“Pergerakan sangat penting untuk kekalkan kesihatan secara menyeluruh. Bagi mengekalkan kesihatan dan kualiti hidup, senaman yang betul dan pengambilan makanan yang sihat perlu diamalkan secara konsisten. Tulang, sendi dan otot saling berhubung dalam setiap pergerakan. Pengambilan susu Anlene secara konsisten mampu membekalkan kalsium yang cukup pada tulang manakala kolegen dan protein dapat menyokong keseluruhan pergerakan anda,” Pn. Megawati Suzari, Director of New Product Development, Science and Regulatory Affairs.


Anlene dengan formulasi baru MoveMax mengandungi pelbagai nutrisi termasuklah kolagen, kalsium, protein, magnesium, zinc, vitamin B6, B12, C, D dan E yang berinteraksi antara satu sama lain untuk melindungi tulang, sendi dan otot manusia.


Susu Anlene sememangnya mudah untuk didapati dari semua pasaraya di seluruh Malaysia. Dengan adanya pilihan susu tepung, yogurt, susu kotak, pelanggan boleh nikmati Anlene MoveMax baru ini di mana-mana sahaja.


Susu tepung Anlene MoveMax didatangkan dengan 2 perasa iaitu Original dan Chocolate dengan pilihan packaging sama ada 1kg, 600gram atau pun 175gram. Manakala Anlene MoveMax Yogurt terdiri daripada 4 perasa yang sedap iaitu plain, mango, strawberry dan campuran buah beri.




Untuk maklumat lanjut, layari www.anlene.com.my atau like FB rasmi di www.facebook.com/AnleneMalaysia .

Jom tonton Muzik Video Sinaran Baru sempena kerjasama Sheila dan Anlene dalam kempen 'Move As Young As You Feel Inside'

~ Achik ~