Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Cepat betul rasanya masa
berlalu...Diam tak diam, sambutan Tahun Baru Cina 2017 bakal dirai di seluruh
Malaysia pada 28 dan 29 Januari 2017. Sempena Chinese New Year yang bakal tiba
tidak lama lagi, Sunway Putra Hotel menjanjikan buffet Yee Sang serta buffet
“Makan Besar” yang sememangnya menjadi tradisi masyarakat Cina yang
meraikannya.
Untuk
Rooster Year tahun ini, Sunway Putra Hotel telah memulakan semangat perayaannya
dengan mengadakan sesi prebiu menu-menu yang bakal dihidangkan dalam “Reunion
Buffet”. Majlis Prebiu yang turut dihadiri lebih 100 orang tetamu dan media
telah dihiburkan dengan persembahan akrobatik yang meriah oleh 8 singa, sebagai
simbolik untuk membawa masuk nasib yang lebih baik bagi tahun 2017. Prebiu pada
malam tersebut dimulakan dengan menggaul Yee Sang gergasi yang telah disiapkan
oleh semua chef yang ada di Sunway Putra Hotel. Cara kita menggaul Yee Sang
juga memberi makna yang mendalam disebaliknya. Maknanya lagi tinggi korang gaul
Yee Sang tu, lagi baik permulaan Tahun Baru Cina korang...sayangnya Achik tak
dapat turut serta sesi menggaul Yee Sang atas sebab-sebab yang tak dapat
dielakkan..hehehe..
Lion dance
Yee Sang "toss" oleh Chef-chef Sunway Putra Hotel
Ini
adalah kali pertama Achik turut serta dalam “food review” di Sunway Putra
Hotel. Sebaik sahaja Achik melangkah masuk ke ruang makan, mata Achik sangat
tertarik dengan kepelbagaian pencuci mulut yang ditawarkan oleh Sunway Putra
Hotel. Bagi Achik, apabila pencuci mulut yang dijamu untuk pelanggan tampil
menarik dan menyelerakan, sudah pasti menu-menu utama dan sampingan yang lain
tidak akan mengecewakan tekak anda.
Antara hidangan pencuci mulut yang dihidangkan...Nanti kita sambung lagi sembang pasal pencuci mulut...
"Reunion Buffet" menampilkan hidangan Yee Sang tradisional dengan beberapa keping
salmon segar pada ukiran ais yang menawarkan pilihan yang
kreatif untuk pengunjung. Chef-chef di Sunway Putra Hotel juga telah menghiasi
jamuan bufet tersebut dengan sentuhan kontemporari yang mempunyai 10 kaunter
utama iaitu Salad & Pembuka Selera, Kaunter Yee Sang, Sup, Hot Spot, Mi
& Pasta, Dim Sum, pilihan pizza, “carving station”, hidangan panas dan
pencuci mulut.
Kaunter
Pembuka Selera & Salad menawarkan hidangan seperti Minced Chicken with Thai dressing Salad, Teriyaki Beef Slices with Soba Noodle Salad & Oyster serta Green Mussels on Ice served with lemon
wedges & Tabasco sauce. Manakala di Kaunter Sup turut dihidangkan Double Boiled Chicken Soup with Ginseng dan Hot & Sour Szechuan Soup with Crab Meat. Tak lupa juga, di Kaunter Hot Spot, korang boleh cuba pelbagai hidangan Seafood Barbeque sementara Homemade Meatloaf menanti para pengunjung di Carving Station.
Homemade Meatloaf
Pernah
memenangi anugerah 2016 Best Food &
Beverage Hotel daripada CTRIP, sudah pasti hidangan yang disajikan oleh
Sunway Putra Hotel sangat menarik, menyelerakan dan sedap !
Jom
tengok apa menu yang wajib korang cuba:
Chinese Style Black Pepper Beef
Grilled Lamb with Mint Pommery Mustard Sauce
Indian Chicken Curry
Lamb Masala
Pan Seared Chicken With Mushroom Ragout Sauce
Sea Cucumber & Mushrom Stew on Brasicca
Wok Fried Prawn with Spicy Special Sauce
Tahun
Baru Cina adalah waktu terbaik untuk makan bersama seluruh ahli keluarga.
Sememangnya sudah menjadi tradisi Masyarakat Cina untuk memastikan semua ahli
keluarga berkumpul pada malam Tahun Baru Cina untuk makan bersama. Bagi Sunway
Putra Hotel pula, mengambil kira arus kehidupan moden pada masa sekarang,
Sunway Putra Hotel menyedari perubahan gaya hidup di mana masyarakat Cina lebih
gemar makan besar atau menikmati “Reunion Buffet” di Hotel. Oleh sebab itu,
chef-chef di Sunway Putra Hotel akan memastikan menu yang dihidangkan dalam
“Reunion Buffet” merupakan menu tradisi yang biasa di masak di rumah.
Steamed Fish With Superior Soya Sauce
stir fried hong kong nai oak with garlic
Tadi
Achik ada bercerita tentang pencuci mulut yang sangat menarik dan banyak di
‘buffet line’. Antaranya Coconut Lemon Velvel Cake, Sugi Almond Cake, Lotus
Pancakes, Banana Caramelised Tarts dan Green Tea Red Bean Chocolate Cake.
Sekiranya
korang berminat untuk berkumpul bersama keluarga di malam Tahun Baru Cina, “2017 Chinese New Year Eve Reunion Dinner
Buffet” di Sunway Putra Hotel akan bermula pada 27 Januari 2017, dari jam
6.00 pm hingga 10.30 pm bertempat di Coffee
House, Level 9.
Harga:
RM118 nett seorang dewasa
RM59 nett seorang kanak-kanak (6 – 12
tahun)
*kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah
adalah percuma
Bukan
itu sahaja, Sunway Putra Hotel turut menawarkan pakej menarik bagi mereka yang
ingin menganjurkan “private Chinese New Year gathering”. Pakej yang berharga RM1,988 nett untuk 1 meja, bakal
dihidangkan dengan 9 “course dinner” termasuk Yee Sang. Tempahan minimum adalah
seramai 20 orang. Tawaran ini bermula dari 15
Januari 2017 hingga 11 Februari 2017. Elok sangatlah korang bodek-bodek bos
korang kat pejabat tu ajak gathering sempena Chinese New Year di Sunway Putra
Hotel. Sure pulang ke rumah dengan perut kekenyangan.
Calling
for Japanese food lovers !!!!! Hehehehe...Sempena Chinese New Year ni juga, Gen
Japanese Restaurant yang terletak di Sunway Putra Hotel turut menawarkan buffet
Chinese New Year yang istimewa dengan kadar RM98 nett seorang dewasa dan RM49
nett seorang kanak-kanak (6 – 12 tahun). Promosi makanan jepun untuk buffet
Chinese New Year ini hanya ditawarkan
pada 27 dan 28 Januari 2017 sahaja ..!!! Jadi pastikan korang pencinta makanan jepun tidak melepaskan
peluang ini.
Kalau
ada yang nak beli dry Yee Sang untuk di bawa pulang, boleh la berkunjung ke Atrium Lounge juga terletak di Level 9.
Dijual pada harga RM58 per order
manakala Salmon Yee Sang dijual
dengan harga RM78.00 per order.
Mahal ke? Takla...sebab satu set dry Yee Sang ni boleh dimakan oleh 4 – 5
orang.
Berminat
nak buat tempahan “Reunion Dinner” di Sunway Putra Hotel?? Tempahan dan
pembelian bolehlah dibuat dengan cara hubungi terus Food & Beverage
(F&B) Reservations Counter, Sunway Putra Hotel di talian 03-4040 9888 atau pun secara emel ke spkl.dine@sunwayputrahotel.com
Manakala bagi “private
function”, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi NurulHuda Azmi, Director
Sales & Catering di talian 03-4040
9888 atau emel kepada spkl.events@sunwayhotels.com
Happy Chinese New Year Achik ucapkan buat semua Masyarakat Cina yang meraikannya...Hope this Year of Roaster bring a happiness and a good luck to your life...
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment