Saturday, November 26, 2016

Pizza Puff Crust Baru di Domino's Pizza Yang Menyelerakan !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wahhhhh...Domino’s Pizza ada pizza baru dik non oi...Achik sebagai peminat setia Domino’s Pizza memang seronok tak terkata bila Domino’s memperkenalkan Pizza Puff Crust dengan 2 perasa baru yang kena dengan selera Achik..Sejak dari dulu lagi, Domino’s Pizza tidak pernah mengecewakan Achik malah promosi dan servis penghantaran yang ditawarkan oleh Domino’s Pizza Malaysia memang terbaik.

Baru-baru ini, Domino’s Pizza telah melancarkan Pizza Puff Crust terbaru dengan 2 pilihan menu yang menakjubkan. Kalau korang nak tahu, pizza baru ini telah menjalani proses R&D selama 6 bulan bagi memastikan pizza puff crust ini menepati citarasa pelanggannya. Tempoh R&D selama 6 bulan yang diambil sememangnya berbaloi dengan terhasilnya Pizza Puff Crust yang unik. Ianya merupakan pizza berkulit pastri, berbentuk empat segi sama serta mempunyai lapisan pastri yang ringan dan lembut !


Jujur katalah, Achik bukanlah peminat puff..Achik cepat rasa muak kalau makan puff, tak kiralah apa intinya. Tapi berbeza dengan Pizza Puff Crust dari Domino’s Pizza ni. Puff nya sangatlah lembut korang...tak muak langsung.! Korang mesti tak percaya kann kalau Achik beritahu yang Achik boleh habiskan keseluruhan pizza puff tersebut..nak tahu betul ke tak, korang kena cuba sendiri la kan..baru tahu sedap macam mana yang Achik cuba gambarkan.

Ok...jom tengok 2 perisa baru yang diperkenalkan oleh Domino’s Pizza untuk Pizza Puff Crust ini.

FIERY BEEF DIAVOLA



Nama yang sangat unik..menggunakan sosej daging lembu Sepanyol yang dijamin halal, bawang, cendawan, bayam kecil dan tomato ceri. Manakala sos sriracha yang pedas disapu pada dasar pizza puff ini. Pada bahagian atas pula akan ditabur dengan sedikit serbuk sriracha. Kombinasi bahan-bahan yang digunakan memang menghasilkan rasa sensasi yang super sedap dan pedas ! hehehehe...Achik suka!!!!

SRIRACHA TUNA



Turut menggunakan sos sriracha pada dasar pizza puff. Mempunyai inti ketulan tuna, bawang, nenas, cili merah dan sedikit ketumbar. Puri cili sos sriracha yang pedas diperbuat daripada jalapeno segar dan lada Serrano yang diadun dengan herba dan rempah menambah rasa kepedasan, digandingkan dengan kulit pastri yang garing menghasilkan cita rasa gourmet yang lazat dan unik.

Kedua-dua perisa baru yang diperkenalkan oleh Domino's Pizza ni memang pedas...Tapi korang jangan risau, tahap pedasnya masih terkawal. If korang tak suka yang pedas, Domino's Pizza turut menjanjikan kepuasan buat para pelanggannya untuk menikmati pizza kegemaran mereka dengan menggabungkan perisa pilihan dengan Puff Crust baru ini. Maknanya, kalau korang pilih perisa Beef Pepperoni, korang tetap dibenarkan untuk menikmati pizza beef pepperoni dengan Puff Crust. Best kan..? Achik dah kata, Domino's Pizza memang tak pernah mengecewakan..!

Pizza Puff Crust ini disediakan untuk semua pilihan perisa pizza dan ianya boleh dinikmati dalam dua saiz, sederhana dan besar bermula 14 November 2016. Caj tambahan sebanyak RM5 untuk saiz sederhana dan RM7 untuk saiz besar akan dikenakan sekiranya korang memilih Puff Crust.

Muka happy dapat rasa Fiery Beef Diavola yang sedap!

Serentak dengan pelancaran Pizza Puff Crust, Domino's Pizza Malaysia turut memperkenalkan Peanut Butter Chocolate Lava Cake...hehehe..ini pun favourite Achik..! setiap kali Achik ke order Domino's Pizza, Chocolate Lava Cake wajib ada dalam senarai order Achik...Sambil drive pun Achik boleh nikmati chocolate Lava Cake yang masih panas. Kini, ada pula pilihan Peanut Butter Chocolate Lava Cake. Pelanggan boleh nikmati pencuci mulut menyelerakan ini pada harga add on RM7.00 setiap satu dengan pembelian minimum pizza bersaiz peribadi atau RM13.50 apabila mereka membeli mana-mana dua Chocolate Lava Cake sama ada yang Peanut Butter atau yang biasa.

Gabungan Coklat dan Mentega Kacang dalam Chocolate Lava Cake yang baru..

Begini lah inti yang ada dalam Peanut Butter Chocolate Lava Cake...sedap tau !

Terkejut Achik bila tengok Chocolate Lava Cake kegemaran Achik ada pilihan baru !!!

Selain itu, dengan Dominos's 2 Pizza Deals, pelanggan boleh memilih 2 pizza Biasa pada harga hanya RM30.00, 2 pizza Besar boleh didapati daripada harga RM50.00 dan 2 pizza extra besar boleh dinikmati pada harga hanya RM70.00 tertakluk pada terma dan syarat. Ada 29 pizza istimewa yang korang boleh nikmati di Domino's Pizza.

Untuk maklumat lanjut tentang Domino's Pizza Malaysia dan promosi laun yang sedang berlangsung, bolehlah layari http://www.dominos.com.my


Terima kasih Domino's Pizza Malaysia !

~ Achik ~



2 comments:

  1. wuhuuuuuu~ sedapnyaaa la haiiiii...teringat lagi ni haaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan..teringat2 kelembutan puff crust tu

      Delete