Monday, September 07, 2015

Pelancaran BLACK PAINT Produk Penjagaan Kulit dari Jepun

Assalamualaikum dan hai semua..

Kali ni Achik ingin berkongsi satu produk penjagaan kulit dari Jepun yang diilhamkan oleh Ms. Miyuki Maeda, Presiden of Black Paint Kyoto Japan. Produk penjagaan kulit tersebut diberi nama BLACK PAINT.


Untuk makluman semua, Black Paint dihasilkan dari sumber-sumber alam semula jadi tanpa tambahan bahan kimia atau alkohol.

Produk yang diilhamkan oleh Ms. Miyuki Maeda ini asalnya digunakan untuk mengubati masalah kulit yang dihadapi oleh anak Ms. Miyuki Maeda. Ms Miyuki sangat gembira apabila melihat masalah kulit yang dihadapi oleh anak beliau bertambah pulih dari hari ke hari kerana beliau telah mendapatkan rawatan moden dari doktor namun semuanya tidak berjaya mengubati penyakit kulit yang dihadapi oleh anak perempuan Ms. Miyuki. Oleh itu, Ms. Miyuki telah mengambil keputusan untuk menggunakan ramuan tersebut dalam menghasilkan produk penjagaan kulit untuk dikomersialkan.

Black Paint, Kyoto Japan telah mempunyai lebih 130 outlet di seluruh Jepun. Produk penjagaan kulit Black Paint ini mendapat sambutan sangat memberangsangkan di Jepun, negara kelahiran Ms. Miyuki Maeda.


Majlis Pelancaran Black Paint ini telah diadakan di Aeon Shopping Complex Bukit Tinggi Klang pada 4 September 2015. Yang paling menggembirakan apabila Ms. Miyuki Maeda yang merupakan pengasas dan Presiden Black Paint Kyoto Japan turut sama hadir dan memberi penerangan berkaitan Black Paint.

Kami semua turut diberitahu yang produk Black Paint telah berjaya menembusi pasaran di US, Singapura dan Malaysia yang merupakan negara ketiga dipilih oleh Kyoto Japan. Berkat usaha yang gigih tanpa rasa putus asa ini telah menjadikan produk Black Paint dikenali di seluruh dunia.

Mr. Cheong, MD of ScienceGates Sdn Bhd Malaysia

Majlis pelancaran Black Paint dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis yang sangat jelita, Ms. Chloe Chen ( Miss Malaysia 2011 ) dan ucapan pembukaan oleh Mr. Cheong yang merupakan Managing Director of ScienceGates Sdn Bhd Malaysia. Produk Black Paint telah berjaya dibawa masuk ke Malaysia dengan kerjasama oleh ScienceGates Sdn Bhd Malaysia.


Ms. Chloe, Pengacara majlis

Apa yang menarik dalam majlis ini apabila para tetamu, media dan blogger diberi kesempatan untuk merasai sendiri kehebatan Black Paint. Happy sangat Kolin bila diberi peluang untuk mencuba sendiri produk Black Paint bermula dari penggunaan sabun hingga ke German Blue. Kesan serta merta dapat dilihat pada kulit tangan Kolin bila ianya lebih nampak bersih, cerah dan lembut. Namun begitu, bagi kulit yang bermasalah, anda akan lihat perubahan tersebut dalam tempoh sebulan atau 2 bulan bergantung kepada tahap kesihatan kulit. 



Inilah rangkaian produk Black Paint yang telah digunakan pada tangan Kolin. Lembut sangat kulit tangan kolin selepas di cuci dengan Black Soap, disapu dengan Oil Water, Rose Water dan Water Cream. Kalau korang nak tahu, Water Cream ini sangat menarik kerana ianya membekalkan air pada kulit anda. Semasa Water Cream disapu pada kulit, anda akan dapat lihat cream tersebut bertukar menghasilkan air.


Acara kemuncak majlis pelancaran Black Paint diteruskan dengan kemunculan model-model yang cantik jelita dan kacak membawa produk Black Paint untuk memperkenalkan kesemua rangkaian produk Black Paint  kepada semua tetamu yang hadir.



Anak perempuan kepada Ms. Miyuki Maeda iaitu Ms. Minako Maeda juga turut ada pada majlis pelancaran Black Paint . Ms. Minako telah berbesar hati untuk membuat demonstrasi penggunaan produk penjagaan kulit dari Black Paint .

Ini lah dia anak perempuan kepada Ms. Miyuki Maeda, Ms. Minako Maeda.



Oh ye...untuk Muslim diluar sana, anda tak perlu risau. Walaupun Black Paint  merupakan produk dari Jepun, Black Paint  mempunyai sijil halal yang boleh digunakan tanpa was-was.


Untuk yang ingin mendapatkan produk Black Paint , ianya akan mula dijual di Aeon Shopping Complex Bukit Tinggi dan juga Aeon Shopping Complex yang lain. Harga yang dipamerkan dalam gambar di atas adalah harga promosi bagi set-set yang ditawarkan. Namun anda boleh membeli produkBlack Paint secara berasingan.

Koleksi Sabun di Black Paint



Otto 8, Sabun harian sesuai digunakan untuk mereka yang tidak mempunyai masalah kulit


Buat kaum Adam, Black Paint turut menyediakan produk penjagaan kulit untuk anda.!!!



Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk Black Paint , bolehlah layari http://www.blackpaint.com.my/ atau pun melalui emel info@sciencegates.com







Achik berasa sangat berbesar hati dapat menghadiri majlis pelancaran Black Paint  serta berjumpa sendiri dengan Pengasas dan Presiden of Black Paint, Kyoto Japan iaitu Ms. Miyuki Maeda.

Ribuan terima kasih kepada Ms. Miyuki serta pihak penganjur kerana telah menjemput Achik. Kami yang hadir telah dijamu makan dengan sushi dari Sakae Sushi. Betul-betul rasa sedang berada di Jepun. Hehehe.

Untuk terakhir kali, tahniah Achik ucapkan kepada Ms. Miyuki Maeda, Kyoto Japan dan ScienceGates Sdn Bhd Malaysia atas kejayaan membawa masuk Black Paint  ke Malaysia. Semoga produk ini disambut baik oleh rakyat Malaysia.


~ Achik ~


Info & Images. Credit to Kolin


No comments:

Post a Comment