Selepas selesai sarapan pagi, kami semua bergerak ke tepi
bangunan hotel untuk menyewa motor. Kalo korang nak tahu macam yang Achik
maklumkan sebelum ini, lokasi hotel Achik menginap memang sangat strategik.
Hari pertama kami di Phuket, kami menyewa motor di tepi bangunan hotel kami. 1
motor untuk tempoh 24 jam kosnya THB 250. Kami semua dah bersiap-siap untuk
ronda pekan Patong…!!!!
Tempat pertama yang kami tuju adalah Hard Rock Cafe. Kawan
Achik, si Shahz sibuk nak beli baju Hard Rock. Elok-elok sampai je Phuket, duit
dia banyak dh habis kat sini dulu…Hehe… Sementara tunggu Shahz shopping baju,
kami melepak dekat Café, bukan minum
tapi bergambar..selfie…
Pintu Masuk ke Hard Rock Shop |
Lama jugak la kami dalam Hard Rock Café tu..Kemudian, kami
semua gerak ke Patong Beach yang tak jauh pun dari situ. Ambil udara pantai kan.
Cuaca memang panas…memandangkan kami semua memang tak mandi dari semalam ( ooops…maklumla,
flight pukul 6.55am pagi kan…mestilah last mandi sebelum gerak ke KLIA 2..),
kami semua decide untuk balik hotel untuk check in, rehatkan badan, mandi-mandi
sebab malam nanti kami nak berjalan di Bangla Road..
No comments:
Post a Comment