Monday, November 19, 2012

"Istanbul Aku Datang"

Assalamualaikum....

Ehem ehem......jangan silap erk....entry ni takde kaitan dgn sape2 yg pegi Istanbul atau pun bukan nyer cheq nk pi Istanbul...Korang mesti dh tahu kan filem terbaru kat panggung wayang skang bertajuk Istanbul Aku Datang....dengar cite filem ni best n berbaloi tonton....memang cheq nk pi tgok  pun tapi tak tahu bile...huhuhu....

Kat bawah ni artikel berkaitan dgn filem tu  yg cheq baca dari gua.com...

Filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly membuka dimensi baru untuk filem romantik komedi di negara kita. Idea kreatif yang diketengahkan oleh pengarah muda ini dilihat begitu segar serta menampilkan kelainan dari pelbagai sudut.

Istanbul Aku Datang merupakan sebuah filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films berjaya membawa para penonton menikmati keindahan pemandangan negara Istanbul,Turki. Boleh diklasifikasikan sebagai satu bonus untuk sebuah filem romantik untuk berlatarkan pemandangan yang begitu memukau.

Kisah bermula apabila Dian (Lisa Surihani) ke Istanbul untuk mengejutkan teman lelakinya, Azad (Tomok) yang merupakan pelajar jurusan medik. Dian bertekad untuk mengambil kursus pendek di sana disamping merancang pelbagai taktik bagi menyakinkan Azad untuk melamarnya sebelum Dian pulang ke tanahair.

Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta Dian untuk menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri  dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto).

Lakonan bersahaja Beto, Lisa dan juga Tomok dilihat telah berjaya menghidupkan watak masing-masing. Beto dilihat begitu berbeza kerana kebanyakkan adegan perlu dipersembahkan melalui ekspresi muka serta permainan emosi. Walaupun nampak sedikit janggal penyatuan Tomok dan Lisa sebagai pasangan namun percubaan pertama Tomok menerusi filem romantik komedi dilihat menjadi. Tomok berjaya memb

uat penonton membencinya melalui lakonannya dalam filem tersebut.Filem ini juga menampilkan Aizat buat pertama kalinya di layar perak sebagai watak pembantu. Selain itu, Tomok dan Aizat turut menyumbangkan suara mereka untuk mewarnai lagi keindahan filem romantik komedi ini.Bakal membuka tirai di pawagan pada 8 November, filem ini adalah satu bonus buat peminat filem romantik komedi yang mendambakan kelainan.

Adalah disarankan untuk ditonton kerana Gua merasakan para penonton akan terhibur serta dapat menghilangkan stress bekerja dengan menonton filem ini.

Ok...jom ramai2 pi tengok movie ni...

__________________
(updated via Blogger for Android)

2 comments: