Tuesday, July 10, 2012

Bila Beban di HATI Tidak Terluah ~~

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bila apa yg terbuku di hati tidak dapat diluahkan...Pasti korang semua pernah alaminya kan..?? Perkara ni berlaku mungkin disebabkan kita adalah seorang perahsia...dan mungkin perkara ini berlaku bukan sebab kita seorang perahsia, tapi tak tahu macam mana cara nk luahkan apa yg terbuku dalam hati kita...

"Ayat yg macam mana hendak digunakan supaya apa yg diluahkan tidak mengguris hati mana2 pihak...?"

"Ayat apa yg nk digunakan supaya pihak yg mendengar 100% mengerti dengan apa yg cuba diluahkan..?"

"Macam mane nk pastikan pihak yg mendengar menerima apa yg diluahkan dengan hati yg terbuka & tak bersangka buruk pada kita..?"

"Pada siapa nk diluahkan beban di hati ni..?"

"Nampak tak kuat ker aku kalau aku luahkan apa yg terbuku dalam hati ni..?"

Itulah antara soalan-soalan yg akan menari-nari dalam kepala otak kita & juga kepala otak cheq...Entahlah...orang kata jangan simpan masalah sorang-sorang, nanti boleh gila dibuatnyer...tapi kalo share dengan orang, then kita tak dapat respon yang baik, tak ke lagi giler dibuatnyer..betul tak...??

Actually, apa yg terbuku dalam hati bukan jer merujuk pada masalah kita sendiri..tapi termasuk dengan pandangan kita terhadap masalah yang tak sudah2 berlaku di sekeliling kita..Hendak diluahkan, takut kita dipandang serong..takut kita dikata kaki mengadu..tapi bila tak diluahkan, sampai bila masalah nk selesaikan...betul tak..? 

Entahlah....bila bercakap soal hati ni memang susah nk dimengerti....So jom layan lagu Erra Fazira ~ Soal Hati



###

Memilih untuk menyimpan apa yg tersirat di hati tak bermakna kita seorang perahsia....tapi sebenarnya kita telah pilih untuk memendam rasa kerana tak semua perkara kita patut luahkan pada orang.....Bila hati rasa tak tenang, cara yang terbaik adalah luahkan pada Nya...Moga Dia memberi petunjuk pada setiap perkara yang terpendam dalam hati kita...Itulah yang Cheq selalu  buat....tapi kena ingat, di samping memohon pertolongan daripada Nya, kita pun kena berusaha untuk cari penyelesaian nyer......Sekiannn...


No comments:

Post a Comment