Wednesday, May 08, 2019

Iftar 2019 di Shah’s Village Hotel Petaling Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Siapa sangka di celah-celah kawasan yang pesat membangun, berdiri sebuah hotel yang telah lama beroperasi. Ya..Shah’s Village Hotel telah lama beroperasi dan ianya diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri H. M. Shah. Menariknya, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee turut menjadikan bilik di Shah’s Village Hotel sebagai ruang pejabatnya. Korang mesti tahu kan restoran A&W di PJ berhadapan dengan Amcorp Mall yang nak kena roboh tu kan.? Lokasi Shah’s Village Hotel ini betul-betul sebaris dengan restoran A&W tu.

Sejak dulu lagi Shah’s Village Hotel memang terkenal dengan sajian masakan Melayu tradisional. Setiap tahun sudah menjadi kemestian pihak hotel untuk mengekalkan konsep masakan Melayu yang menjadi pilihan ramai. So, sempena bulan Ramadhan ni, Shah’s Village Hotel turut tidak ketinggalan mengadakan promosi Ramadhan dengan mengekalkan buffet Ramadhan berkonsepkan sajian Melayu.






Berbuka puasa di Shah’s Village Hotel seperti berbuka di rumah. Hidangan makanan yang disajikan seperti masakan ibu-ibu kita selalu masak. Malah rasanya sedap dan pastinya memikat selera orang Melayu kita.






Untuk buffet Ramadhan ini, Shah’s Village Hotel menawarkan menu makanan tempatan seperti Nasi Beriani, Nasi Bukhra, Nasi Mandi, Laksa, Mee Kari, Mee Goreng dan sebagainya. Selain itu, hidangan pencuci mulutnya turut menampilkan kuih-muih masyarakat melayu yang digemari ramai. Setiap menu yang dihidangkan telah disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman.





Harga?

Pakej Buffet Ramadhan di Shah’s Village Hotel antara yang menawarkan harga yang berpatutan di sekitar Klang Valley.

Dewasa = RM60.00
Warga Emas = RM45.00
Kanak-kanak = RM40.00
(percuma untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah)

Untuk julung kalinya, Shah’s Village Hotel akan bekerjasama dengan pihak Syria Care bagi memeriahkan lagi kempen Ramadhan ini dan projek kemanusiaan sepanjang bulan Ramadhan. Dengan setiap pembelian pakej Ramadhan, sebanyak RM3.00 akan disumbangkan untuk tajaan iftar pelarian Syiria di Syria dan Lubnan.

Shah’s Village Hotel juga turut mengalu-alukan mana-mana syarikat atau badan korporat yang ingin bekerjasama dengan Shah’s Village Hotel untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di Shah’s Village Hotel.

Sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan boleh hubungi talian berikut:

Pn. Azza 017-203 7559
Pn. Natalia 017-202 0950
Pn. Zaila 012-574 5612

~ Achik ~

Wednesday, May 01, 2019

Cita Rasa Timur Tengah | Buffet Ramadhan 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bersempena dengan bulan Ramadhan tahun ini, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) turut melancarkan Buffet Ramadhan 2019 bertemakan “Cita Rasa Timur Tengah”. Sedikit kelainan yang diketengahkan oleh SACC untuk buffet Ramadhan tahun ini.

Sudah menjadi citarasa rakyat Malaysia untuk mencari hidangan yang pedas-pedas. Orang kata tak elok makan pedas-pedas dalam keadaan perut kosong. Bersesuaian dengan bulan Ramadhan, SACC membawa keunikan hidangan Timur Tengah dengan perisa rempah aromatic, keaslian rasanya dan kelazatan makanan yang telah menambat hati pengunjung sejak kemunculan Nuansa Palestin pada tahun 2013 di SACC.


Atas permintaan ramai, kumpulan Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama dengan Chef Mohamad Saeranpoor Hossein, seorang chef Arab yang dibawa khas untuk sama-sama menyediakan hidangan Timur Tengah buat pengunjung buffet Ramadhan SACC. Sudah pasti, hidangan Nasi Kambing Kebuli menjadi hidangan utama buffet Ramadhan tahun ini.



Antara hidangan Timur Tengah yang disediakan seperti Kebab Ayam Irani, Sup Harira, Tabbouleh, Tahina, Baba Ganoush (masakan terung), serta pencuci mulut kegemaran masyarakat Tmur Tengah iaitu Qatayef. Qatayef merupakan sejenis pemanis mulut istimewa yang mempunyai inti krim berkacang. Sudah menjadi kebiasaan hidangan makanan Timur Tengah ini dimasak menggunakan minyak zaitun. Jadi, menjadi keutamaan Chef Mohamad untuk memastikan kualiti minyak zaitun yang digunakan amatlah penting bagi membantu menambah kelazatan makanan.




Sungguh pun buffet Ramadhan tahun ini berkonsepkan Timur Tengah, para pengunjung tidak perlu susah hati sebab SACC turut menyediakan makanan tradisi Melayu dalam buffet line-up nya. Hehehehe…konsep sahaja Timur Tengah, tapi tidak lah semua hidangan Timur Tengah sahaja. Kepuasan pelanggan perlu dijagakan. Antara hidangan melayu yang bakal disajikan termasuklah Ayam Gulai Kentang, Singgang Ikan Tongkol, Rendang Negeri Sembilan, Lala Tumis Pedas, Dadar Telur Green Peas, Petola Tumis Air Cendawan Telinga, Sayur Goreng Campur, Daging Goreng Berlada, Ayam Percik, Ikan Asam Rebus, Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Bendi Tumis Telur, Udang Sambal, Asam Pedas Tetal, Daging Bakar Lemak Pucuk Ubi, Udang Masam Manis, Lala Cili Padi, Udang Paprik, , Kambing Gulai Kentang, Sotong paprik, Paru Berlada dan banyak lagi. Sebanyak 6 buffet line-up disediakan..jadi menu masakan melayu yang disajikan akan ditukar pada setiap hari.

kaunter ulam-ulaman, kerabu, pelbagai jenis sambal dan jeruk






Korang boleh klik link ni untuk tengok menu yang lengkap https://issuu.com/saccconvec/docs/menu_-_cita_rasa_timur_tengah_buffe


So, berapa harga Buffet Ramadhan 2019 di SACC ?

Dewasa = RM88.00+
Kanak-kanak (7 hingga 10 tahun) = RM44.00+
(percuma untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah)

Tempahan melalui laman sesawang SACC = RM78.00+

Seperti amalan pada tahun-tahun lalu, tahun ini juga pihak SACC turut mengambil inisiatif menganjurkan satu program CSR yang memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk “Berbuka sambil Beramal”. Setiap pembelian voucher bernilai RM88.00+, sebanyak RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada Tabung Kebajikan Gelandangan – Food for Homeless dengan kerjasama pihak Rizq Ar-Rahman Charitable Labuan Foundation.




SACC turut menawarkan harga promosi buat pelanggan korporat yang ingin membuat tempahan berbuka puasa. Pakej Korporat menawarkan harga bermula daripada RM70.00+ dengan jumlah minima tetamu seramai 80 orang. Pakej ini menyediakan ruang khas untuk tetamu korang. So, korang yang berminat boleh lah hubungi pegawai SACC yang berkenaan untuk perbincangan agar majlis korang berjalan lancar.

Untuk tempahan:
-      Hubungi talian 03-5511 8858