Saturday, August 19, 2017

Kemeriahan Mega Wedding Malaysia 3.0 | Majlis Perkahwinan Beramai-Ramai Yang Eksklusif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Majlis kahwin beramai-ramai sesuatu yang tidak asing lagi di Malaysia dan ianya telah menjadi trend di kalangan masyarakat kita. Tapi Achik tak pernah lagi dapat undangan untuk menghadiri majlis perkahwinan beramai-ramai ini, so tak tahu bagaimana meriahnya majlis seperti ini. Pada 12 Ogos 2017, Achik telah diundang untuk menghadiri Mega Wedding Malaysia 3.0 iaitu Majlis Perkhawinan Beramai-ramai Eksklusif di Marina Putrajaya. Mega Wedding Malaysia 3.0 kali ini meraikan 10 pasangan raja sehari yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk merealisasikan majlis yang gilang-gemilang mengikut lunas Islam.


Kalau korang nak tahu, Pakej Perkahwinan Lengkap Beramai-Ramai Eksklusif yang diadakan oleh syarikat Mega Wedding Malaysia ini sangat menjimatkan kos. Sungguhpun kos yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding majlis perkahwinan yang diadakan sendiri, tetapi suasana, kemeriahan, pelamin, door gift, makanan, jurusolek, majlis resepsi dan segala-galanya berkaitan dengan majlis perkahwinan semuanya ditawarkan oleh Mega Wedding Malaysia dalam pakej tersebut. Walaupun perkahwinan diadakan secara beramai-ramai tetapi kemeriahannya sangat luar biasa. 

pelamin yang menjadi saksi majlis resepsi 10 pasangan mempelai di Mega Wedding Malaysia 3.0

Kek perkahwinan untuk setiap pasangan

Kek Eksklusif

Kompang 5 Beradik

Pada hari kejadian, seramai 10 pasangan mempelai telah dinikahkan di Masjid Putra, Putrajaya. Selepas majlis akad nikah selesai, kesemua 10 pasangan mempelai telah dibawa belayar menaiki Cruise Putrajaya menuju ke tempat majlis resepsi di Marina Putrajaya. Best kan..? Kita buat majlis perkahwinan sendiri-sendiri pun belum tentu ada peluang nak belayar menaiki cruise.

Menurut kata penganjur Mega Wedding Malaysia, Encik Azahari Azemi, penganjuran Mega Wedding Malaysia telah pun bermula sejak tahun 2016 dan ianya telah menjadi ikutan dan pilihan bakal-bakal pengantin memandangkan pakej perkahwinan yang ditawarkan adalah menarik dengan kos yang lebih rendah.




Mega Wedding Malaysia menawarkan pakej perkahwinan beramai-ramai yang eksklusif berkonsepkan Perkahwinan Taman di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya dengan kos RM7,000.00 untuk satu pasangan. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ini adalah untuk membantu pasangan pengantin dalam meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih berpeluang melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan. Niat murni Mega Wedding Malaysia ini seharusnya dipuji dan ianya adalah langkah yang bijak memandangkan kos perbelanjaan selepas berkahwin adalah jauh lebih tinggi dalam menyediakan keperluan rumah tangga dan keluarga. Projek kahwin beramai-ramai ini tidak bermotifkan keuntungan dan merupakan kesedaran dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibu bapa yang kurang berkemampuan.




Jom tengok apa yang pasangan pengantin nikmati dengan bayaran pakej perkahwinan RM7,000.00:

* Tajaan dan pengurusan majlis pernikahan
* Penginapan honeymoon di hotel 5 bintang sekitar Putrajaya
* Pelayaran Cruise di sepanjang Tasik Putrajaya
* Kek gergasi eksklusif
* Media coverage : majalah, akhbar, radio, media elektronik dan lain-lain
* 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
* Menu Briyani istimewa untuk semua jemputan
* Sesi Outdoor Photoshoot "lakeside concept"
* Persembahan Live Band jemputan
* DJ jemputan dan PA System
* Doorgift untuk setiap jemputan
* Kad Kahwin Eksklusif setiap pasangan
* Hand bouquet untuk setiap pasangan
* Kek perkahwinan untuk setiap pasangan
* Videografi coverage sepanjang majlis percuma untuk setiap pasangan
* Hadiah perkahwinan misteri daripada penganjur dan penaja
* Pelamin Eksklusif istimewa
* Pelamin Nikah di dalam Cruise
* Pengurusan majlis nikah di Masjid Putrajaya, Putrajaya
* Parkir untuk pengantin disediakan
* Tiada GST

Untuk pakej tahun 2018, pasangan pengantin boleh 'add-on' pakej berikut:

Pakej Fotografi
RM650 : shoot & burn
RM1,650 : Shoot + softcopy + Album (10x20) + Frame canvas

Pakej Busana
RM650: 1x make up + Busana L/P + Aksesori




Penganjur bersama majlis ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya. 

Senarai Penaja Untuk Mega Wedding Malaysia 3.0 yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2017:

1)       Ampire Events
2)       Eddie Photo Video
3)       Yann Rifft Team (Makeup)
4)       Coffee Corner Faizal Azzuuri
5)       Fynaz Wedding Favors
6)       Butik Norjuma
7)       Masjid Putra, Putrajaya
8)       Shangri-La Putrajaya
9)       Marina Putrajaya
10)     Cruise Tasik Putrajaya

Potret bersama-sama keluarga

potret kenangan mempelai bersama ibu bapa tercinta

potret kenangan mempelai bersama ibu bapa tercinta

Meriahkan majlis perkahwinan beramai-ramai ni..Kalau ada antara korang yang berhajat untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018, apa kata korang usha Pakej Perkahwinan Lengkap Beramai-Ramai Eksklusif ini. Mega Wedding Malaysia dah pun keluarkan tarikh mega wedding untuk tahun 2018 iaitu pada 03 Mac, 30 Jun, 04 Ogos dan 03 Nov 2018.


Untuk maklumat lanjut mengenai MEFA boleh layari : 

Website : www.mefa.my
Telefon : 012-387 1775 (En Azahari)

~ Achik ~

1 comment: